UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 12 April 2011

DAKWAAN TELUR TIRUAN TIDAK BENAR


~PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.


*Sumber- KOSMO


P/S: Beberapa hari lepas aku ada buat tentang entry telur tiruan ni kat sini. Sejak hari tu rasa cuak gak nak makan telur.....:(

7 ulasan:

Kak Amy berkata...

Sama la kita , amy sejak kuar isu nie nak makan telur pun tak lalu.. hubby je makan..

Hairun Azmi berkata...

Nasib baik tak benar...

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

sahromnasrudin berkata...

tunggu ayam tiruan plak hahahahaa

NM02 berkata...

bleh makan tanpa ragu2 lagi

AngahSayang2314 berkata...

ramai yg gembar gemburkan kisah nie kan???

toyolkiut berkata...

kecoh kn kes tu..
klau x bnr, alhamdulillah..
pas ni nk gi oder beger telor besarrr punya!

Cik Cempaka berkata...

sebnarnya wujud ke tak telur tiruan nie..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs