UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 2 Februari 2011

JOM MASAK MEE GORENG DEMI KASIH SAYANG AZZEYATIN ..


He3.....Selamat pagi you alls. Tak boleh blah kan tajuk entry merangkap nama resepi aku ni. Actually "Demi kasih sayang'' tu especially untuk my hubby n my princess lah coz diaorang yang request aku masak Mee Goreng ni malam tadi.
Simple je Resepi Mee Goreng Demi Kasih Sayang Azzeyatin nih. Tak caya tengok kat bawah ni ek :-
BAHAN2:-
Mee sebungkus
5-6 biji cili kering (buang biji dan kisar)
Bawang merah 2-3 biji (dikisar)
Bawang putih 2 ulas (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dikisar ; bawang besar nih ikut style my mum coz boleh bagi rasa manis kat masakan)
Segenggam udang kecil
2 keping tauhu
Sedikit ikan bilis ( Belah2 dan sebahagiaannya kisar sekali dengan bawang dan cili kering)
Kicap pekat manis
1 sudu Sos Cili
Sawi
Taugeh
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
CARA2 MEMASAKNYA:-
1. Basuh mee dan toskan.
2. Panaskan minyak dan masukkan udang, ikan bilis dan tauhu. Kacau2 seketika.
3. Kemudian tumiskan bahan2 kisar sekali dengan udang, ikan bilis dan tauhu tadi.
4. Masukan sedikit air.
5. Bila kuah tu dah mula mendidih, tuangkan kicap dan sos cili. Masukkan juga sayur sawi. Kacau2 lagi. Masa ni dah boleh masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
6. Bila bahan tumisan tu dah mendidih lagi, masukkan plak taugeh dan diikuti dengan mee. Sebelum pastikan dah cukup rasa manis dan masinnya.
7. Kacau sebati mee dengan bahan2 yang lain.
8. Bila dah sebati bolehlah dihidangkan panas2 dan mee masih basah lagi.

~ Inilah Mee Goreng Demi Kasih Sayang Azzeyatin

7 ulasan:

JunAina berkata...

pagi-pagi macam ni tengok mee perut terasa lapar pulak...

air tangan isteri @ ibu itulah yang terbaik, pengikat kasih kata org tua2...

syafiqsulaiman berkata...

saya kurg skit dengan mee.. sebab terasa kapur.. so, nak ganti dgn mee hoon.. hehehe..
pagi ni pon sarapan mee hoon..

p/s: jemput dtg ke blog

relevan berkata...

Nyum!..mintak sikit..

Shafa berkata...

azzey ni awal2 pagi dah masak. wat org lapar je tengok.

ainnoraini berkata...

tibe2 jadi lapar la pulak...
sedap ni makan mee dgn milo pagi2 mcm ni...

sahromnasrudin berkata...

itu mee kongfu ke????

ardinihumaira berkata...

wow mengiurkan.. nyum3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs