KOTA BHARU: Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.
Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya.
Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.
Orang ramai yang melihat keadaan itu berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan mengetuk cermin kenderaan berkenaan berkali-kali, tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit yang enggan dikenali itu tiba-tiba menurunkan tingkap kenderaannya sambil memohon maaf kerana tertidur sebelum beredar dari situ.
* Nak tergelak pun ada bila baca artikel ni........Mesti bengang je pemandu2 yang lain tu....
Sumber : my Metro
Sumber : my Metro
7 ulasan:
salam,
cam ni punya olang pun ada.... hehehe
Astagfirullah..
ingatkan pengsan.. boleh dia tertidur. dushhh apo nak jadi
salam..lah tertido
ingat sakit ke apa
hahaha..lawokkkk
ishh ada ke mcm ni...makan ubat pelali agak nya...
hehehehe.....memang lawak
boleh pulak.
ish3.
Catat Ulasan