UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 22 Disember 2010

MAYA TERIMA YUSRY


DETIK-DETIK kemesraan Maya Karin di samping Yusry pada majlis pratonton filem, Khurafat di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, kelmarin.


EJAK kebelakangan ini nama Maya Karin dan Yusry Abd. Halim digosipkan sedang bercinta gara-gara mereka berdua dilihat secara terbuka menonton wayang di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya baru-baru ini.

Menguatkan lagi dakwaan itu, mereka berdua juga tanpa segan datang berdua ke majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley pada malam Isnin lalu, meskipun sedar pada majlis tersebut ramai pihak media yang hadir.

Maya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara beberapa jam sebelum majlis tayangan perdana itu berlangsung mengakui yang dia pernah menonton wayang sebanyak dua kali bersama Yusry.

“Kalau tidak silap saya ada menonton wayang dengan Yusry dua bulan lepas dan terbaru dalam dua minggu lepas, kami menonton filem (terbaru) Narnia di Alamanda. Kami menonton di sana sebab dekat dengan pejabat Yusry, daripada dia datang ke Kuala Lumpur baik saya yang pergi sana, lagi pun saya senang masa itu,” ujar Maya tanpa berselindung.

Justeru, filem Khurafat menjadi filem ketiga Maya menonton bersama Yusry!

Cerita selanjutnya di sini - KOSMO


3 ulasan:

mummysyafie berkata...

kalau betul ada hubungan mesra ok gak ler..sebab masing2 tgh single kan.

kalau macam tu kena selalu gi alamanda..mana taw terserempak ngan yusry pojaan hati

Rohani Hashim berkata...

ha ada gak baca pasal dorang nih.hohoho ok lah kan dua dua single sekarang...

Sharinginfoz berkata...

macam2 cerita artis sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs