Plan asal nak tengok cite JANIN kat Alamanda. Tapi tak jadi coz JANIN hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas, tak sesuai untuk my princess. So, layan jelahlah AKU MASIH DARA ni......Best juga.
SINOPSIS:
Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.
Filem AKU MASIH DARA ini juga menceritakan bagaimana Hani mendapat bekalan dadah dari teman lelakinya Zachery yang menjadi pengedar di kawasan flat tempat tinggalnya.Kemunculan watak Firdaus di dalam AKU MASIH DARA ini telah berjaya mengubah Sofea menjadi seorang wanita solehah dengan cara dakwahnya yang berhemah dan tersendiri. Firdaus ialah sepupu Alesya yang datang dari kampung untuk mengikuti kursus keusahawanan di KL.
Agak lucu bila dalam salah satu scene AKU MASIH DARA ini Firdaus mengikuti Aleysa ke salah sebuah kelab malam dengan memakai baju Melayu dan songkok! Tujuannya untuk mengawasi sepupunya itu.....
Sofea akhirnya mengikuti Firdaus pulang ke kampung untuk mendalami ilmu agama dan telah mendapat tentangan dari 2 rakan baiknya Hani dan Alesya. Sehinggalah Firdaus pada suatu hari telah melamar Sofea untuk menjadi isterinya. Tetapi perhubungan ini pada mendapat halangan apabila Alesya telah kehilangan maruahnya dalam satu parti seks bebas dalam AKU MASIH DARA ini dan meminta supaya Firdaus menikahinya....
So apakah kesudahannya? Adakah Sofea akan berkahwin dengan Firdaus? Boleh kita saksikan apabila menonton filem AKU MASIH DARA ini hingga ke penghujung cerita.....
Senarai Pelakon Aku Masih Dara
- Raja Farah (Sofea )
- Asyraf Muslim (Firdaus)
- Yana (Alesya)
- Diana Amir (Hani)
- Farid Kamil (Zachery)
- Noniswara (Ibu Sofea)
- Dian P.Ramlee (Ibu Firdaus)
- Rahim Jailani (Bapa Alesya)
- Rosnah Johari (Ibu Alesya)
- Riezman Khuzaimi (Bapa Hani)
- Kuna (Ibu Hani)
*Filem AKU MASIH DARA yang ada mesej tersendiri tentang kepincangan moral remaja masa kini dan juga dakwah yang dilakukan dengan cara yang berhemah mampu menarik remaja2 ini kembali ke pangkal jalan......Bagus untuk tontonan sekadar mengambil ia sebagai satu pengajaran.
3 ulasan:
Assalamualaikum.
Dah baca sinopsis ceritanya.
Macam menarik aje.
Ada masa nanti boleh juga nengok.
TQ
nak tunggu citer tourist...angelina jolie
bestnye akak dah tengok ;)
Catat Ulasan