UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 11 Disember 2010

IBU TUNGGAL, ANAK DITEMUI RENTUNG DALAM RUMAH KEDAI


Anggota bomba menurunkan mayat pertama yang dijumpai dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu, kelmarin.



KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya berusia 19 tahun ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sederet rumah kedai di Kampung Batu Enam, Manir, dekat sini malam semalam.

Mangsa, Nor Laila Yaacob, 44, yang juga pemilik kedai dobi di tingkat bawah premis tersebut dan anaknya, Nor Hidayu Kauzi ditemui berdekatan antara satu sama lain di dalam sebuah bilik.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Mohd. Fauzi Muda, pihaknya hanya menyedari terdapat mangsa terperangkap selepas memadamkan api kira-kira 30 minit.

Katanya, sebanyak empat jentera bersama 30 anggota tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima maklumat pukul 11.30 malam.

"Sejurus sampai, bomba memadamkan kebakaran yang telah marak dan dimaklumkan tiada mangsa berada di dalam rumah terbabit.

"Namun setelah kira-kira 30 minit, beberapa penduduk memaklumkan terdapat dua penghuni yang terperangkap di tingkat atas rumah itu.

"Kita melancarkan gerakan mencari dan menemui kedua-dua mangsa di sebuah bilik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam semalam.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Kubang Kerian, Kelantan, dan dipercayai berhijrah ke negeri ini untuk mengusahakan kedai dobi sejak lima tahun lalu.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam pada itu, seorang saksi, Mohd. Sufian Omar, 32, memberitahu, ketika kejadian dia yang berada kira-kira 200 meter dari lokasi mendengar beberapa letupan selain suara orang ramai meminta tolong.

Katanya, orang ramai menyangka premis tersebut tidak berpenghuni memandangkan ia berkunci dariluar.

"Bagaimanapun setelah api marak, terdengar suara sayup-sayup meminta tolong beberapa kali dan kelihatan ada tangan melambai-lambai dari celah jeriji besi tingkap rumah berkenaan.

"Saya dan dua rakan lain nekad memanjat bumbung kedai dan memecahkan pintu namun api yang marak serta asap tebal menyukarkan kerja-kerja menyelamat sehinggalah suara tersebut tidak lagi kedengaran," jelasnya.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohd. Badrul Kauzi, 23, yang masih terkejut dengan kejadian tersebut tidak menyangka panggilan yang dibuat pagi sebelum kejadian merupakan panggilan terakhirnya.

Katanya, dia yang ketika itu berada di Kelantan bersama dua lagi adiknya bergegas pulang selepas dimaklumkan perkara tersebut.

"Dalam perbualan, ibu mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian.

"Saya sedih kerana ibu bertungkus-lumus menyara kami sekeluarga setelah ayah meninggal dunia Oktober tahun lalu kerana sakit jantung," ujar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

*Sumber - Utusan

6 ulasan:

Nur Azila Ismail berkata...

kasihannya :(

~sakina~ berkata...

hye azey. sy blog larian the lucky no 99 :D

ardinihumaira berkata...

ya Allah...
sampai ajal mereka...


p/s:
kak!
dah buat pop up.. yeay :D

Has berkata...

azzey-kejadian ni dekat dengan kampung has..10 minit dari rumah je..terkejut bila dapat tau..

fara berkata...

Ya Allah. Sedeynya!

nur berkata...

azzey- sedey betul berita ni
ALL IN ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs