UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 10 Disember 2010

DIPENJARA 4 TAHUN KERANA RM10

* RM10 punya pasal.........macam2 hal.....


KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.

Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.

Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

*Sumber - KOSMO

3 ulasan:

Unknown berkata...

macam2 kan skrg ni..tak berbaloi la krn rm10 kene penjara..

ardinihumaira berkata...

ya Allah..
lebih baik meminjam daripada meragut...

eelobor berkata...

hehehe, sama entri kita. eelobor publish semalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs