UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 9 Februari 2011

SURAU PON DAH BERTUKAR WAJAH

Kalau sebelum ni aku citer tentang kantin yang dah berimej baru.Kali ni aku nak citer tentang surau plak yang dahbertukar wajah selepas dibuat renovation.

Kalau dulu surau kat office aku ni ; ruangan untuk solat bagi kaum wanita memang sempit. Memang kurang selesa lah. Dalam satu2 masa tu cuma boleh memuatkan 10-15 orang je. Itupun jenuh nak menyusunnya. Bila nak bersiap plak ; nak pakai tudung ke , bedak ke.....bergilir2 tunggu turn coz cermin ada 1 je. Kalu nak kejar masa tu terpaksalah guna cermin toilet kat luar surau.

Tapi sekarang dah tak de masalah lagi sebab surau dah diubahsuai.....

~ Ruangan solat untuk wanita semakin luas. 3-4 kali ganda dari sebelumnya......Siap aircond dan kipas yang banyak gitu. Memang sejuklah ; selesa je nak solat

~ Dah ada almari yang disediakan untuk menyimpan telekung dan sejadah.

~ Ini plak partition untuk bersiap...tak delah nampak sangat kita bukak aurat......nak sikat rambut ke.....bukak tudung..pakai tudung....

~ Satu lagi cermin dan almari.....Dah ada 2 cermin sekarang ni. Besar plak tu...Tak yah nak tunggu2 turn lagi macam dulu....hu3...

~ Ini cermin yang lama.....Masih digunakan


~ Tempat mengambil wudu' yang luas dan selesa.....Pon ada cermin lagi....hu3....


Alhamdulillah coz pihak pengurusan cukup prihatin dengan masalah sebelum ni. Sekarang makin selesalah staff nak menunaikan ibadah solat. Dan kalau ada majlis2 ilmu atau pun bacaan Yassin, dah boleh buat kat surau je berbanding sebelum ni yang terpaksa dibuat di bilik mesyuarat kalau ramai yang ikut serta....

~ Inilah ruangan solat untuk wanita sebelum surau diubahsuai.....Sempit kannnnn...:(

7 ulasan:

shahrilhakime berkata...

Uiiiii.....bagoih.....bagoih.....tapi yong....bile udah beso ni.....kene di imarahkan niiii......hehehhe

jeBateja berkata...

uikkk...jadi tempat tido masa rehat pun best kan...kan.....ahakz

azhariahzuber berkata...

suka cermin panjang mcm tu..rasa puas tgk muka

AngahSayang2314 berkata...

kalau time rehat tido best nie... lepas tue solat la....

Fairus Bin Mamat berkata...

HARAP DAPAT DIGUNAKAN SURAU TERSEBUT SEBAIK DAN SEMAKSIMUM MUNGKIN..

amirah berkata...

cantik surau baru ni. tp jgn la kosong lak nanti

ardinihumaira berkata...

cantiknya surau! sies!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs