Alhamdulillah bila tengok surau office ni dah makin cantik..makin luas..makin selesa, macam yang aku citer kat sini.
Dan di surau itu jugalah hati2 kami dah bertaut kembali. Syukur pada Allah.Paling tidak pun selesa keje kat tempat yang menyediakan tempat selesa untuk kita menunaikan kewajipan kita pada-Nya.
Cuma yang sedihnya, bila surau dijadikan tempat persinggahan.....setakat tempat untuk menukar baju.....tudung dan perkara2 lain. Bukanlah nak tunjuk kuasa (siapalah aku pun nak tunjuk kuasa...staff bese2 je )...cuma agak terkesan juga di hati, bila ada hamba Allah yang datang ke surau tu sekadar nak menukar baju.
Dan ada yang memang datang untuk bersolat...tapi boleh plak terlepas cakap ...."Sebab ada hal petang ni...tu yang solat AWAL sikit tu...." Means, kerana ada hal jelah baru surau itu kita singgah.....kerana ada hal jelah, baru kita solat di awal waktu....dan kerana -kerana bersebab jelah surau itu ada tetamunya.....
Entry untuk mengingatkan diri sendiri. Teringat kata2 seorang rakan di sini...surau untuk diimarahkan....* sekadar peringatan untuk diri sendiri....*
1 ulasan:
yg sedihnya ada guna surau utk lena sekejap huhuhhhh
Catat Ulasan