UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 3 Februari 2011

IKAN KEMBUNG TUMIS DENGAN CILI API DAN SAYUR MANIS AZZEYATIN

Kadang2 dah buntu tak de idea nak masak apa. Mesti korang pon penah rasa macam apa yang aku rasa kannnnnn...... Untuk pengetahuan korang....* kalau tak nak tau x pe....* aku ni sker sejenis ikan je.....IKAN KEMBUNG. Ha3......Ikan lain aku memang tak layan. IKAN KEMBUNG plak mesti yang saiz kecik2 bukan yang besor gedabak tu. Kalau yang besor tu aku rasa hanyir semacam. Itu tekak aku le punya citer kannnn......

My princess pon sama taste dengan aku. Kalau ada pon ikan lain; cuma ikan tongkol je dia sker.....yang saiz kecik juga.....Tapi sesekali jelah. Most of the time, we alls cuma beli ikan kembung je selain dari ayam, udang sotong atau pun ketam (Ketam kalau masak lemak memang sedappppppppppppppppp)


So, baru2 ni dah tak tau nak masak apa dengan IKAN KEMBUNG tu ; aku cuba plak masak dengan cili api. Ala tumis2 gitu je. Laju gak my hubby n my princess makan...... Kalau nak try masak Ikan Kembung Tumis Cili Api ni ikut je resepi kat bawah ni.


BAHAN2:-


5 ekor ikan kembung
6-8 biji cili api (dikisar / ditumbuk)
3 biji bawang merah (dikisar / ditumbuk)
1 biji bawang besar (1/2 bijidikisar / ditumbuk ; 1/2 lagi dipotong bulat)
1 keping asam keping
Sedikit air
Gula, garam dan serbuk perasa


CARA MEMASAKNYA:-

1. Goreng ikan kembung. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit air sebagai kuah dan juga asam keping.
4. Bila dah mendidih perasakan dengan gula , garam dan serbuk perasa.
5.Bila dah cukup rasa manis dan masinnya bolehlah masukkan ikan dan taburkan dengan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau2 seketika dan bolehlah dihidangkan.


~ Ini plak Sayur Manis Azzeyatin.......


Sayur Manis ni lagi senang nak masaknya. Masukkan sekali semua bahan2....sayur terung (boleh ganti dengan sayur lain juga macam betik muda), sedikit ikan bilis yang dah siap dibelah2, bawang merah , daun kunyit dan air. Masak sampai mendidih dan perasakan je dengan gula, garam dan serbuk perasa. Make sure ada rasa manis je.

Sayur manis ni kalau makan dengan nasi putih dan ikan masin goreng...ada plak sambal....pon dah rasa best sangat....Heh3.....

4 ulasan:

JunAina berkata...

tiba-tiba perut rasa lapar & teringat dapur yang dah sebulan tak berasap...heheheee...

icee-yah berkata...

icee pulak suke mkn ikan sardin je:)

Miecyber berkata...

Saya pandai makan jer huhuhuhuh

Hotel burung

ardinihumaira berkata...

nyum3... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs