UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Makan tengahari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan tengahari. Papar semua catatan

Khamis, 3 Februari 2011

IKAN KEMBUNG TUMIS DENGAN CILI API DAN SAYUR MANIS AZZEYATIN

Kadang2 dah buntu tak de idea nak masak apa. Mesti korang pon penah rasa macam apa yang aku rasa kannnnnn...... Untuk pengetahuan korang....* kalau tak nak tau x pe....* aku ni sker sejenis ikan je.....IKAN KEMBUNG. Ha3......Ikan lain aku memang tak layan. IKAN KEMBUNG plak mesti yang saiz kecik2 bukan yang besor gedabak tu. Kalau yang besor tu aku rasa hanyir semacam. Itu tekak aku le punya citer kannnn......

My princess pon sama taste dengan aku. Kalau ada pon ikan lain; cuma ikan tongkol je dia sker.....yang saiz kecik juga.....Tapi sesekali jelah. Most of the time, we alls cuma beli ikan kembung je selain dari ayam, udang sotong atau pun ketam (Ketam kalau masak lemak memang sedappppppppppppppppp)


So, baru2 ni dah tak tau nak masak apa dengan IKAN KEMBUNG tu ; aku cuba plak masak dengan cili api. Ala tumis2 gitu je. Laju gak my hubby n my princess makan...... Kalau nak try masak Ikan Kembung Tumis Cili Api ni ikut je resepi kat bawah ni.


BAHAN2:-


5 ekor ikan kembung
6-8 biji cili api (dikisar / ditumbuk)
3 biji bawang merah (dikisar / ditumbuk)
1 biji bawang besar (1/2 bijidikisar / ditumbuk ; 1/2 lagi dipotong bulat)
1 keping asam keping
Sedikit air
Gula, garam dan serbuk perasa


CARA MEMASAKNYA:-

1. Goreng ikan kembung. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit air sebagai kuah dan juga asam keping.
4. Bila dah mendidih perasakan dengan gula , garam dan serbuk perasa.
5.Bila dah cukup rasa manis dan masinnya bolehlah masukkan ikan dan taburkan dengan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau2 seketika dan bolehlah dihidangkan.


~ Ini plak Sayur Manis Azzeyatin.......


Sayur Manis ni lagi senang nak masaknya. Masukkan sekali semua bahan2....sayur terung (boleh ganti dengan sayur lain juga macam betik muda), sedikit ikan bilis yang dah siap dibelah2, bawang merah , daun kunyit dan air. Masak sampai mendidih dan perasakan je dengan gula, garam dan serbuk perasa. Make sure ada rasa manis je.

Sayur manis ni kalau makan dengan nasi putih dan ikan masin goreng...ada plak sambal....pon dah rasa best sangat....Heh3.....

Isnin, 27 Disember 2010

LUNCH DENGAN NASI DAN GULAI NANGKA …….ALHAMDULILLAH

Baru lepas lunch. Ha3…dah pukul 3 lebih baru nak lunch…….Yelah sebab tadi aku tak balik umah ; so my hubby just tapaukan je aku nasi ngan Gulai Nangka, Ayam goreng dan telur masin. Makan plak dengan kicap Kipas Udang ; yang jadi favourite aku tu…..Memang sedap….

Alhamdulillah nak sambung kerja semula. Yelah kan waktu kerja ni ; macam aku citer pagi tadi. Kita ni pekerja yang diamanahkan dengan tanggungjawab dan dibayar upah. So kenalah laksanakan tanggungjawab sebagai pekerja tu….:)


P/S: Tak lama lagi pukul 4:30 petang. Dah boleh balik……..Plan nak join senamrobik petang ni kat office, tapi teringat nak belikan kain sekolah untuk my princess plak….

SELAMAT MENJAMU SELERA..

Sementara nak tunggu waktu solat Zohor .....aku BW sekejap. Nak tido tak selesa plak kat office nih. Cuba gak pejam2 mata, tapi tak mau plak tidonya....hu3......

Mesti ada yang tengah makan sekarang ni .....may be makan sorang2....dengan member2 office .....tak pun dengan family kat umah. Aku je yang tak dapat nak balik lunch hari ni.....hu3.......Anyway selamat menjamu selera.

Dan mulakan dengan Bismillah....sudahi dengan alhamdulillah....:)

TAK DAPAT BALIK WAKTU LUNCH..

Dah biasa balik rumah waktu lunch ; bila sesekali tak dapat balik memang tak selesa……Hu3…….Hari ni aku tak drive sendiri. My hubby yang anta. Coz dia nak pegi servis keta tu. Aku tak tau sangat hal2 servis nih ; yang aku tau start dan bawak je…..

Boring plak sorang2 kat office nanati. Ada gak yang tak balik ; tapi majority kawan2 aku balik. ……Sesekali kena lunch kat office le jawab nye…..:(

Jumaat, 24 Disember 2010

NASI PUTIH DAN TELUR MATA DENGAN BAWANG BERKICAP..

Hari ni aku lunch dengan nasi putih (panas2 lagi..) dengan telur mata goreng dengan bawang......Tuangkan kicap lemak manis cap kipas udang........Perghhhhhhhh, dah sedapsangat rasanya.....Hu3..

Yang penting makan. Perut yang lapar perlu diisi. Nanti perut masuk angin susah. Menu sedap macam manapun dah tak de makna dah bil perut sakit masuk angin....

Yang simple pun tak pelah, janji perut kenyang.....syukur alhamdulillah.


Ahad, 14 November 2010

MASIH ADA YANG PRIHATIN.....

Tengahari tadi aku ke Alamanda. Tak dirancang pun. Mula-mula nak ke Bangi je. Jalan-jalan cari makan. Tapi tiba-tiba berubah haluan bila my hubby kata dia dah bosan dan tak tau nak makan apa.......

Kebetulan pernah layan Sup Cendawan kat Food Court di Alamanda........memang sedapppppppppp. Tu yang terus ke sana. Beselah, weekend kannnnnn........ramai le orang. Kat parking je pun terpaksa berpusing2 dulu untuk cari parking! Sampai my hubby kata kalau sempat 10 kali pusing......baik balik je.....Heh3........

Tiba-tiba dari jauh nampak sorang pompuan menunjukkan ke satu arah. Sambil tu dia mengendong bayi kecil.....Ha3.....jangan suspen plak.......Mula 2 aku tak perasan.......tapi bila dah dekat dengan dia, barulah aku tahu yang dia tunjukkan satu ruang parking yang kosong!

Memang prihatin dan baik hati dia. Tapi sayangnya aku tak sempat nak ucapkan terima kasih; elok je aku kuar kereta dia dah berlalu dengan husbandnya! Kan bagus kalau ramai yang bersikap macam tu......

P/S: Agaknya pasangan tu pun keluar untuk makan2 juga macam kami, coz masa nak balik aku dah tak nampak keretanya! Hu3.....

Selasa, 1 Jun 2010

LuNcH ..... AiR TaNGAn BoNDa YaNg DiRiNDui

~ With my litle sista (Areleez) .... sempat posing dulu sblm masak ...

~ Setakat potong2 carrot .... sape2 pon boleh.....hu3...

Jeng jeng jeng........ Tibalah masa untuk kami2 yang pompuan ni menunjukkan kepakaran masing2 di dapur untuk memasak.... Anak dan menantu2 lelaki masih busy mengecat syiling kat ruang tamu....Aku, my sista, my SIL, and my mum pulak bertungkus lumuslah di dapur....hu3...

Actually Chef of The Day, was my mum.....We alls tolong potong2, basuh2, rendam2, blender2 jerk......hi3..... Bukan apa, aku dah rindu sangat dengan masakan mak aku. Tu yang wat request suh mak masak tu.... Memang air tangan mak yang terbaikkkkkkkkkkk dari ladang !!!!! Sedap betol aku makan ari tu.....Diet tolak tepi dulu...hu3....


~ Tengok tu... hidangan dah depan mata... tinggal nak ngap jerk...he3....

~ My SIL & my litle bro .... (tapi dah x little mana dah....)hi3...

~ My hubby yang memang control macho .... kui3...

Hidangan hari tu adalah .... Sup Ayam, Ayam Goreng, Ikan kembung Daun Pisang (my favourite ; memang marvellous !!!!), sambal kicap & buah tembikai sebagai pencuci mulut.....

Memang berselera sungguh we alls makan hari tu.... Lagi2 aku. Ikan kembung tu memang sedappppppppppp.... Kalau boleh tapau, sure aku tapau untk stok seminggu. Susah nak explain rasa ikan tu.... Ada masam, masin, lemak .. senang cakap, memang sesedap rasa....

Anyway thank you mak sebab sudi melayan selera anak2 mak yang chomel2 ni.....Lain kali mak masak lagi ye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs