UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

REVIEW FILEM AKU MASIH DARA ..




~ Posing dulu sebab nak tunggu tayangan pukul 9:00 malam. Aku sampai kat Alamanda pukul 8:00 malam.....Hu3..


Plan asal nak tengok cite JANIN kat Alamanda. Tapi tak jadi coz JANIN hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas, tak sesuai untuk my princess. So, layan jelahlah AKU MASIH DARA ni......Best juga.



SINOPSIS:

Aleesya (YANA) Sofea (RAJA FARAH) dan Hani (DIANA AMIR) merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Filem AKU MASIH DARA ini juga menceritakan bagaimana Hani mendapat bekalan dadah dari teman lelakinya Zachery yang menjadi pengedar di kawasan flat tempat tinggalnya.Kemunculan watak Firdaus di dalam AKU MASIH DARA ini telah berjaya mengubah Sofea menjadi seorang wanita solehah dengan cara dakwahnya yang berhemah dan tersendiri. Firdaus ialah sepupu Alesya yang datang dari kampung untuk mengikuti kursus keusahawanan di KL.

Agak lucu bila dalam salah satu scene AKU MASIH DARA ini Firdaus mengikuti Aleysa ke salah sebuah kelab malam dengan memakai baju Melayu dan songkok! Tujuannya untuk mengawasi sepupunya itu.....

Sofea akhirnya mengikuti Firdaus pulang ke kampung untuk mendalami ilmu agama dan telah mendapat tentangan dari 2 rakan baiknya Hani dan Alesya. Sehinggalah Firdaus pada suatu hari telah melamar Sofea untuk menjadi isterinya. Tetapi perhubungan ini pada mendapat halangan apabila Alesya telah kehilangan maruahnya dalam satu parti seks bebas dalam AKU MASIH DARA ini dan meminta supaya Firdaus menikahinya....

So apakah kesudahannya? Adakah Sofea akan berkahwin dengan Firdaus? Boleh kita saksikan apabila menonton filem AKU MASIH DARA ini hingga ke penghujung cerita.....


Senarai Pelakon Aku Masih Dara

  1. Raja Farah (Sofea )
  2. Asyraf Muslim (Firdaus)
  3. Yana (Alesya)
  4. Diana Amir (Hani)
  5. Farid Kamil (Zachery)
  6. Noniswara (Ibu Sofea)
  7. Dian P.Ramlee (Ibu Firdaus)
  8. Rahim Jailani (Bapa Alesya)
  9. Rosnah Johari (Ibu Alesya)
  10. Riezman Khuzaimi (Bapa Hani)
  11. Kuna (Ibu Hani)


*Filem AKU MASIH DARA yang ada mesej tersendiri tentang kepincangan moral remaja masa kini dan juga dakwah yang dilakukan dengan cara yang berhemah mampu menarik remaja2 ini kembali ke pangkal jalan......Bagus untuk tontonan sekadar mengambil ia sebagai satu pengajaran.

Khamis, 23 Disember 2010

MAKAN TENGAHARI DI PETANG HARI

Baru jelepas makan. Nasi berlaukkan ikan bilis goreng dengan bawang dan timun sebagai ulam. Makan dengan Kicap Kipas Udang......Nasi panas2 ; sedapppppppp........Tau2 kenyang je.. :)

Tengahari tadi tak makan ; tak sempat. Sempat masakkan my princess je. Kelam kabut sikit coz pegi belikan buku2 sekolah dia. Hari ni pun agak busy ; tu yang tak dapat nak update sesangat tu..hu3..

Sekarang baru ada masa nak update lagi dan BW. Sementara tunggu my hubby balik. Boleh minum petang sama2. Petang ni goreng keropok lekor dan buat air teh 'O'panas.....okay kot.. he3..


P/S: Malam ni nak tengok citer JANIN kat Alamanda......Ada sape2 nak join ??? Heh3..

Isnin, 15 November 2010

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA

Semalam masa makan di Alamanda, kat meja sebelah aku ada satu pasangan suami isteri ni dengan anak pompuan mereka yang berumur sekitar 2-3 tahun. Comel sangat dan cukup keletah!

Apa yang menarik perhatian aku bila si comel tu fasih baca doa makan. Yang mak dan ayahnya tengah menyuap makanan. Mungkin terperasan aku menoleh ke arah anak mereka.......keduanya terus berhenti menyuap makanan dan sama2 mengaminkan doa si comel tu.......

Aku senyum sendiri sambil menadah tangan mengaminkan doa yang my hubby baca. Dalam hati berkata.......” BAGUS MELENTUR BULUH DARI REBUNG NI........Didik anak2 kita dari kecil lagi, tapi sebagai ibu bapa kita pun kena tunjukkan perkara yang sama juga....:)

Ahad, 14 November 2010

MASIH ADA YANG PRIHATIN.....

Tengahari tadi aku ke Alamanda. Tak dirancang pun. Mula-mula nak ke Bangi je. Jalan-jalan cari makan. Tapi tiba-tiba berubah haluan bila my hubby kata dia dah bosan dan tak tau nak makan apa.......

Kebetulan pernah layan Sup Cendawan kat Food Court di Alamanda........memang sedapppppppppp. Tu yang terus ke sana. Beselah, weekend kannnnnn........ramai le orang. Kat parking je pun terpaksa berpusing2 dulu untuk cari parking! Sampai my hubby kata kalau sempat 10 kali pusing......baik balik je.....Heh3........

Tiba-tiba dari jauh nampak sorang pompuan menunjukkan ke satu arah. Sambil tu dia mengendong bayi kecil.....Ha3.....jangan suspen plak.......Mula 2 aku tak perasan.......tapi bila dah dekat dengan dia, barulah aku tahu yang dia tunjukkan satu ruang parking yang kosong!

Memang prihatin dan baik hati dia. Tapi sayangnya aku tak sempat nak ucapkan terima kasih; elok je aku kuar kereta dia dah berlalu dengan husbandnya! Kan bagus kalau ramai yang bersikap macam tu......

P/S: Agaknya pasangan tu pun keluar untuk makan2 juga macam kami, coz masa nak balik aku dah tak nampak keretanya! Hu3.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs