
BESUT 7 Dis. - Seorang penjenayah bukan sahaja berputih mata apabila gagal melarikan barang berharga ketika cuba memecah masuk sebuah rumah, malah menerima padah apabila putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak pemilik rumah.
Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi ketika suspek yang berusia 28 tahun cuba menceroboh rumah seorang penternak ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan dekat sini.
Insiden itu bagaimanapun disedari pemilik rumah dan ketika suspek cuba menyerangnya dengan batang besi, lelaki berusia 49 tahun tersebut melibas pemuda terbabit dengan parang.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria memberitahu, sebelum itu, pemilik rumah terjaga apabila ternampak kelibat seseorang yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap.
Berita selanjutnya baca di sini - Utusan
5 ulasan:
wah..bagos jgk xde tangn xleh nk merompak da..haha
bagus2...
padan muka perompak
Awal-awal dh kene hukum hudud...
ha..itu baru betul hukum ikut hukum islam. kalau tak insaf jugak, tak tau lah nak kata camner.
Isk sampai putuih tgn dia.. sian lak..
ALL IN ONE
Catat Ulasan