UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 12 Disember 2010

PEMANDU TEKSI TERKENA PELURU SESAT

* TAKUT DENGAR BERITA PELURU SESAT NIH......


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Polis menjelaskan kejadian seorang pemandu teksi, Yeow Leong Kang, 41, yang cedera terkena tembakan di kakinya di Jalan Pudu, 23 November lalu, adalah berpunca daripada peluru sesat dilepaskan salah seorang anggotanya ketika hendak menangkap pengedar dadah.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sedang berehat di dalam teksinya di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum tiba-tiba berasa sakit pada betis kaki kanannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Leong Kang terkena tembakan peluru seorang anggota dari bahagian siasatan jenayah narkotik daerah Cheras yang ketika itu cuba menangkap pengedar dadah.

"Anggota terbabit sebelum itu dirempuh sebuah teksi yang dipandu penagih dadah menyebabkan dia terlepas tembakan secara tidak sengaja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Leong Kang, tampil mendakwa individu yang menembaknya di Jalan Pudu, dalam kejadian pukul 4.45 petang itu adalah seorang anggota polis.

Dia mengesyaki individu itu adalah polis kerana anggota terbabit merupakan orang pertama menghampirinya sejurus selepas kejadian.

Pada 24 September lalu, akhbar melaporkan Leong Kang cedera di kakinya apabila terkena satu das tembakan daripada seorang individu.

Leong Kang mendakwa, tembakan yang dilepaskan individu itu menembusi pintu sebelah pemandu sebelum terkena pada betis kanan dan tapak kaki kirinya.

Berikutan itu jelasnya, dia hilang upaya untuk berjalan dan tidak dapat memandu teksi yang merupakan sumber pendapatannya selama ini.

Tambah Zulkifli, kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Katanya, Leong Kang juga mempunyai hak untuk membuat tuntutan sivil ganti rugi di atas kecederaan itu.

*Sumber - Utusan

3 ulasan:

nurazzah8 berkata...

salam ziarah dan perkenalan,

jalan2 bw...dah follow you...

nurazzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com/

mia berkata...

huhuh..bahaya kan mcm ni..xsemane je bole trkena..hhuhu

Mia Liana berkata...

jejalan jenguk ahli rumah... tercari-tercari dimanakah tempat nak shout ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs