UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 1 Disember 2010

KAPAK KEPALA KEKASIH

SEREMBAN 30 Nov. - Seorang lelaki yang bekerja mengorek pasir dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian kekasihnya dengan menetak kepala wanita itu dengan kapak, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman ke atas N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jean dilihat sugul ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa dengan niat melakukan pembunuhan menyebabkan kematian K. Gantimadi, 45, di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau di sini, pada pukul 12.40 tengah malam, 16 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


* Berita selanjutnya di sini - Utusan



6 ulasan:

ardinihumaira berkata...

apalah nak jadi...
kita ni nak pukul orang pun risau apatah lagi tetak kepala orang...

eelobor berkata...

nasib baik yang bersalah tak terlepas. masih banyak org bersalah tp sebab byk duit upah peguam kaki putar alam dapat lepas hukuman dunia

nazirulhazwan~ berkata...

dunia2, makin lame makin jahanam.
den rindu pada zaman2 islam gemilang, zaman nabi perintah, zaman khalifah arrasyidin, zaman umar abdul aziz=(

babe.lari tpik sket:P
buat la shoutbox babe:)

relevan berkata...

Sedap je main kapak kapak ni..sudah dapat pembalasannya kan..

rATu kEBaYA berkata...

hish.. kapak.. aduhai terus terimagine.. huh seriau

TWEETY BERT berkata...

duniye2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs