UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 25 Disember 2010

IMPIAN TERCAPAI 123 ... TUKAR

SARIMAH IBRAHIM teruja mengendalikan program 123...tukar! yang lebih bersifat realiti TV.


SELEPAS muncul sebagai hos bersama program realiti TV Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), kini Sarimah Ibrahim muncul sebagai hos program baru yang berjudul, 123... tukar!.

Rancangan berbentuk hiburan sebanyak 13 episod itu bersiaran pada setiap Rabu di saluran Astro Ria.

Menurut pengurus saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi, 123... tukar! merupakan sebuah program gaya hidup yang mengubah penampilan individu dalam mencapai impian yang diidamkan.

"Program ini akan membuka peluang kepada para peserta dalam mencapai impian mereka seperti dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

"Secara tidak langsung, program ini mampu memberikan keyakinan kepada para penonton untuk meningkatkan keyakinan diri terutamanya dari segi penampilan dalam mengejar cita-cita yang diidamkan," katanya pada satu majlis minum petang program 123... tukar! yang diadakan di Restoran Musa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi rancangan tersebut, para penonton berpeluang untuk menyaksikan gelagat Sarimah Ibrahim dan penata gaya, Fitri AF2 bersama-sama pasukan transformasi imej mereka berusaha untuk member sentuhan magis dalam mengubah penampilan individu yang terpilih.

Pasukan 123... tukar! akan mengubah penampilan individu yang berbeza, dalam situasi yang berlainan setiap minggu.

Antara impian yang bakal ditunaikan adalah seperti impian untuk melamar teman wanita dalam suasana yang romantis, impian seorang gadis untuk mengubah penampilan teman lelakinya dan impian seorang tukang masak untuk menjadi chef selebriti.

Selaku pengacara rancangan tersebut, Sarimah Ibrahim berkata, program itu lebih bersifat emosi dan banyak kamera yang digunakan untuk menonjolkan emosi peserta dalam program tersebut.

"Kami tidak mampu membantu menunaikan impian yang bersifat materialistik, seperti hendak melancong ke Paris atau menjadi seorang jutawan.

"Walaupun bagi sesetengah daripada kita impian berkenaan hanyalah perkara kecil, itu mungkin perkara yang telah diimpikan peserta untuk seumur hidupnya," katanya.

Menurut Sarimah, program yang mula bersiaran pada 15 Disember lalu itu lebih bersifat realiti TV dan tiada sebarang skrip digunakan untuk sepanjang penggambaran.

"Pelbagai cabaran terpaksa kami hadapi dalam program ini. Antaranya apabila ada peserta yang cuba melarikan diri, tidak mahu bercakap, malah enggan meneruskan penggambaran.

"Program ini bersifat realiti, kami tidak boleh memaksa peserta. Pakar motivasi terkenal, Dr. Azizan Osman banyak membantu dalam menangani kes seperti ini.

"Kami juga tidak akan mengkritik kekurangan peserta sepertimana sesetengah rancangan dari luar negara, sebaliknya kami akan cuba menonjolkan kelebihan peserta, membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk memenuhi impian mereka," katanya. - IKHWAN IDERIS


*Sumber : KOSMO

3 ulasan:

Unknown berkata...

pasti hebat rancangan nie.
lain dr yang lainlah..

ardinihumaira berkata...

;) sarimah makin cun. mekap muka nampak macam sazzy palak :D

azieazah berkata...

Nampaknya dia menyambung tugas saja. Dulu sudah pernah dia kendalikan rancangan sebegini. MAKEOVER bersama Zulfazli dan Rizalman.

tapi rancangan tu kena kutuk teruk sebab 2 orang fashion designer tu selalu cakap lepas, kutuk2 peserta kritik yang dilihat tidak sesuai kepada orang awam yang menjadi peserta terpilih.
Sekarang tidak pasti adakah konsep hampir sama, tapi diharap mungkin tidak kerana memberi komen kepada orang yang tidak pernah memakai lipstick dan berambut palsu tidak sama kepada kita komen golongan selebriti yang sudah biasa dgn keadaan itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs