UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 1 Disember 2010

BAHASA MELAYU 2 TIDAK BOCOR

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran meminta semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini supaya tidak melayan khabar angin di Internet bahawa mereka mungkin perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu Kertas 2 atas dakwaan ia bocor.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dakwaan bahawa kebocoran soalan bagi subjek tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Kedah pada 23 November lalu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, berita tersebut sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa motif yang jelas.

“Tidak timbul langsung persoalan bagi kita untuk mengadakan semula peperiksaan kertas tersebut sebagaimana tersebar di Internet ketika ini.

“Siasatan ke atas sekolah yang dikatakan terlibat di Kedah telah dijalankan namun kita mendapati ia khabar angin semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


*Sumber: KOSMO


Berita yang melegakan untuk semua calon2 yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2010. Yelah bukan mudah nak ulang semula peperiksaan tu!

2 ulasan:

Qaseh Dalia berkata...

nak ajak dear n sume2 juin contest prtame dalia...hope leh juin ye hehe

eelobor berkata...

hehehe, zaman masa sekolah dulu2 suka sangat cari soalan spot. ada sekali tuh masa tingkatan 3, ustaz bagi 6 karangan di jangka keluar dalam bahsa arab. maka menghafal lah karangan2 tersebut, siap sekali dengan makna. kesudahannya satu karangan pun tak keluar, tetapi perancangan ustaz menjadi iaitu dapat di buat karangan sendiri sebab sudah dpt menambah perbendaharaan kata sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs