Baru selesai mengikuti tazkirah untuk hari Jumaat tadi. Bagus juga info yang disampaikan ; tentang iblis yang tidak pernah berputus asa dari cuba memperdayakan kita semua ni umat Nabi Muhammmad s.a.w. Sedikit demi sedikit Iblis cuba memesongkan hati kita. Sehinggalah iblis berjaya membuatkan kita merasakan melakukan dosa itu adalah suatu perkara yang kecil ...yang boleh dipermudahkan.
Sepertimana contoh satu cerita yang diceritakan oleh Ustaz tadi ,yang mana bagaimana seorang alim di zaman dahulu boleh terjebak dengan tipudaya dan hasutan Iblis ini kerana ada rasa 'tidak apa' kepada melakukan dosa ; walaupun dosa yang dianggap kecil sahaja.
Daripada yang kecil itulah akan terus berkembang menjadi satu dosa yang besar yang akhirnya meusnahkan iman kita terhadap Allah s.w.t. Selain itu..Ustaz tadi turut menyentuh bab melengah2kan solat ; kerana sering mengatakan " tak apalah..janji solat...".
Jadinya, marilah kita bersama2 berazam menghindari terus dosa2 yang dianggap kecil ini agar diri kita dan kehidupan kita sentiasa dalam perlindungan-Nya...Insyaallah...
* Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan dari saya sendiri....
7 ulasan:
takzirah yg bagus..
Jom baca: Senyum Lebar
insyaallah..setan ni memang keje dia 24jam nak sesatkan umat nabi Muhammad
assalamualaikum azzey
dosa kecil lama2 jadi makin besar dan banyak... sama2lah kita jauhkan diri dari sifat2 yang tercela ~
salam
thank you for sharing...
ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dari kecik sampai beso...amin
Salam...
Tima kasih share isi tazkirah tu dgn
kami... :)
betul betul betul..
tq for sharing..
sekejap je dah ari jumaat..
bagusnya dengar tazkirah ni..
Catat Ulasan