UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 8 Februari 2011

PILIHAN BAGI PELAJAR KITA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menyambut ketibaan kumpulan pertama 778 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Jeddah dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.


SEPANG: Kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk membantu pelajar Malaysia yang terpaksa pulang ke tanah air berikutan pergolakan di Mesir, termasuk mendapatkan kebenaran mereka menduduki peperiksaan, di negara ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan menghubungi universiti terbabit di Mesir dalam tempoh terdekat bagi membincangkan masa depan pelajar yang terbantut pengajiannya akibat krisis di negara itu.

Perbincangan itu juga akan merangkumi kemungkinan membenarkan penuntut berkenaan menyambung pengajian di universiti lain, kedudukan cuti dan kelonggaran jadual peperiksaan.

“Kebiasaannya, kebanyakan universiti di Mesir mengadakan peperiksaan masing-masing sebaik semester baru bermula, iaitu 12 Februari ini. Jika universiti terbabit bersedia, kementerian sanggup mengaturkan supaya pelajar kita boleh menduduki peperiksaan di universiti tertentu di sini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyambut ketibaan kumpulan pertama 778 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Jeddah dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Choo Ha serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Sumber - BERITA HARIAN

2 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

syukur semua selamat...

ardinihumaira berkata...

Alhamdulillah... semoga mereka yang masih di sana selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs