UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 14 Februari 2011

PERHIMPUNAN BULANAN- FEBRUARI 2011 DENGAN PERIBAHASA MELAYU KITA

Selamat pagi semua. Hari ni macam mana kebiasaan pada bulan2 sebelumnya aku attend Perhimpunan Bulanan untuk bulan Februari 2011. Tak ramai sangat yang atend perhimpunan bulanan ni walaupun dah diumumkan awal2 lagi dan kehadiran sepatutnya adalah wajib. Tapi beselah.....sikap masing2 kannnnnn.

Selain dari ucapan dari Big Boss.....hari ni ada sesi penyampaian pingat untuk salah sorang kakitangan beruniform yang telah pun dinaikkan pangkat. Rezekilah tu. Lagipun staff ni memang berdedikasi dan rajin orangnya. Memang selayaknya dia dinaikkan pangkat.

Selain tu, antara pengisian dalam ucapan Big Boss tadi , beliau ada berkongsi tentang satu peribahasa Melayu ..." Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Perkara ini boleh kita aplikasikan dalam tugasan kita di pejabat seharian dan juga di luar waktu pejabat Sentiasa berbuat baik dengan orang2 di sekeliling kita supaya suatu hubungan yang harmoni dapat kita bina dan secara tak langsung tahap produktiviti kita boleh dipertingkatkan.

Jangan risau kalau ada yang kata ...." Alaaa, buat baik pun bukannya orang nampak.....asyik2 orang lain yang dapat nama" Tak apalah orang tak nampak, tapi jangan lupa Tuhan sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kalu baik kita buat, baiklah juga yang kita akan dapat. Yakinlah yang janji Allah itu adalah benar.....:)

6 ulasan:

My Little Diary berkata...

salam,

yup!!! what u give u get back...


p/s: just click back your HB :)

ardinihumaira berkata...

betul3...
kalo asik pk buat jahat orang tak nampak, lama2 nanti terbiasa buat jahat sampai tak jadi jahat dah.. jadi kejam lepas tu... sebab dah tak ada perasaan bersalah dalam diri

Sharinginfoz berkata...

betul tu buat jahat jangan sekali2

Tanpa Nama berkata...

hi azzey,
bagi aku, "buat baik banyak2, buat jahat sikit2"... hehe...

Ujang9897 berkata...

kita jadi diri kita jer..hehe..

JunAina berkata...

selalu macam tulah lembu punya susu sapi dapat nama tapi kena kena ingat tentang keikhlasan dan keberkatan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs