UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 16 Februari 2011

PAGI YANG INDAH DAN SELAMAT .. INSYAALLAH

Selamat pagi yang indah dan selamat untuk semua. Insyaallah ; dengan izin Allah. Sambil update blog pagi2 ni sambil dengar lagu Maher Zain - Insyaallah. Tenang je rasa hati bila dengar lagu ni. Kalau kita hayati lirik lagu tu memang penuh dengan mesej berguna yang tersirat.

Hidup perlukan ketenangan ; lagi2 dalam menempuh ujian yang datang. Tanpa ketenangan kita akan mudah rasa gelisah dan sentiasa merasa keluh-kesah. Ketenangan juga perlu supaya kita sentiasa dalam pertimbangan yang sewajarnya apabila berbuat sesuatu.

Macam mana nak dapat ketenangan? Mintalah daripada Yang memberikan ketenangan. Minta dari-Nya . Hanya Dia yang mampu memberikan kita ketenangan. Dekatkan diri pada-Nya sentiasa dan insyaallah Dia tidak akan jauh dari kita. Dengan izin Allah semuanya boleh berlaku dan dengan izin Allah jua terhalang segala macam musibah dari terus berlaku.

Mengambil berkat sempena Maulidur Rasul yang baru kita sambut semalam....sama2lah kita cuba mengamalkan sunnah2 Baginda s.a.w. Nabi Muhammad yang dikasihi Allah , mudah2an dengan mengidupkan sunnah2 baginda....diri kita juga akan dikasihi Allah...Insyaallah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum azzey

moga kita dapat hidupkan sunnah nabi utk ketenangan dunia dan akhirat... insya Allah ~

amirah berkata...

insyaAllah azzey..

Unknown berkata...

selamat pagi azzey..semoga kamu dirahmati

ardinihumaira berkata...

semoga kita semua diberkati Allah, amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs