UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Tomyam Campur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tomyam Campur. Papar semua catatan

Isnin, 14 Februari 2011

JOM MAKAN TOMYAM CAMPUR MASAKAN SENDIRI

~ Tomyam Campur ....Boleh masukkan apa2 ikut sker....he3....


Jom makan Tomyam Campur hasil masakan sendiri! Kadang2 asyik makan masakan kat kedai tu jemu juga kan. Lagipun masak Tomyam Campur ni senang je. Main masuk2, campak2 dan campur2 je....Tau2 dah siap.....:)

Kebetulan dah lama tak masak Tomyam ni. So semalam kena plak cuti.....Adalah masa yang banyak untuk masak yang berkuah2 cam gini. Selalu2 tu masak yang simple2 je. Yang tak guna banyak bahan. Dan aku bertuah sebab bahan2 Tomyam Campur dah disediakan dengan jayanya oleh my hubby ; selaku pembantu chef untuk tempoh yang singkat...heh3....


BAHAN2 NYA:-


1. Ayam, udang dan sotong yang sudah dibersihkan. Jumlah ikut sker. Ayam tu plak kalau aku sker potong kecik2 je....

2. Bunga kobis, 1 biji tomato (dibelah 4), sebatang lobak merah, bawang besar dipotong bulat ; aku sker masukkan bawang besar sebab rasanya yang manis.

3. 4-5 Biji cili padi dan sebatang serai (diketuk) - tak de dalam gambar lupa nak snap.

4. 2 kiub Pati Tomyam



CARA2 MEMBUATNYA:-

1. Masak air dalam periuk sampai mendidih (Lebih kurang 1000 ml / 1 botol air mineral yang besar tu).

2. Bila air dah mendidih, masukkan kiub Pati Tomyam bersama2 cili padi dan serai tadi.

3. Bila kuah dah mula sebati dengan kiub masukkan ayam terlebih dahulu dan juga bunga kobis serta carrot tadi.

4. Kemudian bila kuah mula mendidih dan ayam dah mula empuk, masukkan plak bawang besar yang dipotong bulat bersama2 sotong dan udang tadi. Sotong dan udang masukkan akhir sekali coz tak perlu masak lama sangat nanti isi udang dan sotong jadi keras dan kurang manisnya.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa sedikit. Kalau tak nak serbuk perasa pun tak pe. Akhir sekali baru masukkan Buah tomato yang dibelah tadi.

6. Bila siap, bolehlah dihidangkan.


Kan ke keje senang tu......Main campak2......campur2....dan kacau2 je......:)



P/S: Makan Tomyam ni lebih sedap kalau ada ikan masin sekali. Makan plak dengan nasi panas!.....perghhhhhhh.....meletops!!!




Isnin, 23 Ogos 2010

SUDAHNYA BERBUKA DENGAN TEPUNG PELITA & KEROPOK JE

~ Tepung Pelita......based on apa yg peniaga tu tulis kat gerai dia.....

~ JangaN silap faham ye......sisa2 yang kat atas bekas tu bukan sebab dah di rasa......tapi bukaK2 jerk tutupnya dah memang cam gitu.....RM1.50


Aku memang sker makan kuih ni. Lemak2, manis dan sikit masin. Manis pun sedang2 jerk, tak terlalu manis. Kalau nak makan sejukkan dulu....baru sedap!

Semalam 12 Ramadan, dapatlah beli kuih ni kat bazar Ramadan .Memang dah lama reringin nak makan, tapi asyik tak jumpa jerk.

So, disebabkan semalam memang tak masak, aku plan nak beli jerk tomyam kat bazar. Kuar dalam pukul 6.00 petang. Orang masih ramai. Lauk2 pun banyak yang dah habis. Kalau ada pun ......yang tak menepati citarasa aku.....hu3

Pusing punya pusing sudah nya.....aku beli Tepung Pelita jerk. My hubby dapatlah apa yang dia sker. Ayam masak merah. On the way balik singgah satu kedai tomyam. Beli Tomyam campur dan kebetulan ada keropok. So, my hubby beli sebungkus.

Rupa2nya bila dah berbuka......tomyam tu agak pedas juga. Aku hilang selera......Sudah nya berbuka dengan Tepung Pelita dan Keropok jelah aku jawab nya.......Tak pelah janji perut boleh diisi lagi. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.......

Isnin, 16 Ogos 2010

DAH KERING IDEA.......

~ Tomyam......By Google
Baru masuk hari ke 6 pose. Tapi aku dah kering idea nak masak menu untuk berbuka nanti. Semalam dah masak Tomyam Campur. Tapi dari sehari ke sehari pose.....makin kurang selera nak makan.
Hari ni pon dah rasa mati kutu dibuat nyer. Rasa nyer goreng telur jelah kot! Untuk my hubby suruh dia beli jelah ikan seekor kat bazar. Senang citer! Aku pon tak pening kepala.
Agak2 nyer orang lain pon cam aku ke ye? Dah tak de idea nak masak hape dah???


Isnin, 21 Jun 2010

MaKaN2 .... KuALa PeRLiS

Dah puas menikmati keindahan matahari terbenam....perut pun mulalah berkeroncong mintak diisi. Actually memang plan we alls pun nak makan2 kat sini. Memang kedai gerai makan kat sini. Tak tau mana satu nak pilih.....

Dah jalan punya jalan..... dari satu kedai ke satu kedai.....lastly, singgah lah we alls kat satu kedai tu.......Nak tau sebab apa we alls singgah kat situ.....??? Coz of kedai tu je yang we alls nampak ada kipas....ha3...... Tu yang singgah tuh. Selesa sikit nak makan, bila ada kipas nih.....Cuaca pun , even dah senja boleh tahan juga bahangnya....


~ Sume fresh2 belaka....Terbaik dari ladang woooooo !!!!!!

Sampailah masa plak nak memilih dan menentukan menu....... Nak pilih tak susah....Pilih jelah apa nak, sume ada kat situ. Nak makan sampai 'termuntah' pun ikut sukalah, janji bayor jerk....he3....So, after diselidik, dinilai, dan dikaji semula......terhasillah menu yang siap diorder ini atas perbincangan bersama....he3..... (Selain tu ada gak sotong bakar dan tomyam .....tapi tak sempat amik gambor coz sume pon perut dah lapor.......hu3).

So , silalah jamu mata dengan menu2 yang telah terhidang ini ek.....:P

~ Sila telengkan kepala untuk imej yang lebih jelas hokay.....

~ Ketam Masak Rempah

~ Ketam Masak Lemak

~ Ikan Bakar

~ Makan timeeeeeeeee....he3.....

.......Yummi yummi !!!!!!!.....memang kenyanggggggggggggggg sangatttttttttttttt malam tu. Dah kenyang, we alls balik semula ke hotel .......dan......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (tido)......

* To be continue....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs