UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 8 November 2010

BEKAS WARTAWAN BERITA HARIAN ANTARA YANG TERBUNUH

~ Keadaan kereta Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga terpelosok di bawah treler sebelum terbakar dan menyebabkan kesemuanya rentung di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin Pahang semalam - Gambar oleh Utusan

ROMPIN 7 Nov. - Bekas wartawan akhbar Berita Harian merupakan antara empat yang rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, empat saudara terbabit termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.

Mereka ialah pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Md. Sharif Nani, 61, dan isterinya, Marinah Kambas, 60, anak saudaranya yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28, dan bekas wartawan, Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar kepada Md. Sharif.

Pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini - Utusan


* Mudah2an keluarga mangsa yang terlibat, tabah dengan ujian ini......:(


9 ulasan:

ENCIK TIKUS berkata...

al fatihah kepada yang terbunuh

Redbloodsnow berkata...

ERKSS...SAPE EK PEMBACE BERITA TUH EK. AL-FATIHAH WAT YG TERKORBAN.

sahromnasrudin berkata...

awak letak entri ini konfem trafic hari nie cecah 200 huhuhuhu

Unknown berkata...

al-fatihah...

wahida berkata...

al fatihah..

MiYOKO SuKi berkata...

byknye eksiden skang nii..tkt lak nk drive jauh2 nii

AJIE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AJIE berkata...

innalillahiwainailaihirajiun~
al fatihah buat meraka

Sharinginfoz berkata...

banyak betul accident sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs