UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 15 November 2010

SUKAN ASIA:FONG YING RAIH EMAS PERTAMA NEGARA

GUANGZHOU: Gerak gemalai penuh konsentrasi Chai Fong Ying telah berjaya memukau penonton di gelanggang wushu Sukan Asia ke-16 di Gimnasium Nansha di sini, untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, Isnin.

Selepas empat hari Sukan Asia berlangsung, kejayaan Fong Ying dilihat sebagai petanda positif untuk atlet Malaysia yang lain untuk turut mencipta kejayaan di sini.

"Saya sendiri sangat terkejut dengan pingat emas ini. Tiada kata-kata yang dapat gambarkan kejayaan ini.

"Saya memang tidak sangka dapat menang pingat emas dan ulangi kejayaan semasa di Doha," kata atlet berusia 24 tahun dari Batu Berendam, Melaka itu.

Kejayaan itu secara tidak langsung menyaksikan Fong Ying mengekalkan pingat emas kategori Taijijian yang diraih ketika penampilan pertama beliau di Sukan Asia Doha, Qatar, empat tahun lepas.

Kejayaan Fong Ying itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), yang juga Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Zolkples Embong.

Pada pertandingan yang melibatkan kombinasi dua disiplin itu, Fong Ying berjaya meraih 19.36 mata untuk menyumbang pingat emas pertama buat negara.

Dalam disiplin Taijijian yang berlangsung pada sebelah pagi, Fong Ying terikat di kedudukan pertama dengan dua lagi peserta iaitu Ai Miyaoka dari Jepun dan Lindswell Li dari Indonesia dengan 9.67 mata.

Bagaimanapun, pada disiplin Taijiquan (tanpa senjata), Fong Ying mendominasi acara berkenaan dengan meraih markah tertinggi iaitu 9.69 mata.

Pingat perak menjadi milik peserta Jepun, Ai Miyaoka dengan 19.34 mata dan pingat gangsa milik peserta Taiwan, Wen Ching Ni dengan 19.33 mata.

Sementara itu, seorang lagi peserta negara dalam acara sama, Ng Shin Yi hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan kelima dengan mengutip 19.22 mata.

"Pertandingan kali ini sangat kompetitif. Kebanyakan peserta negara lain juga telah meningkatkan prestasi mereka. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian saya," kata Fong Ying, yang merupakan juara dunia pada 2005 dan 2007.

Fong Ying juga adalah pemenang pingat emas acara yang sama pada Sukan SEA Laos 2009.Sebelum menghadapi Sukan Asia, Fong Ying bersama skuad negara telah menjalani latihan selama dua bulan di Fuzhou, China.-BERNAMA

*Sumber: mStar

Tumpang bangga dan gembira ............

3 ulasan:

Rafidah Bakri berkata...

emas Fong Ying pembakar semangat untuk atlet lain. Jiayou Malaysia~~!!! Tetiba semangat

eelobor berkata...

nak tunggu berapa pingat emas yang dpaat sebab bajet untuk sukan komanwel & asia adalah sebanyan RM144 juta. perlu di ingat duit tu duit kerajaan bermakna duit rakyat bermakna duit kita semua. sejauh mana berbaloi dengan pelaburan yang tinggi

zulkbo berkata...

salam..
apa kata kita berpuasa
besok sempena hari arafah
banyak keberkatannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs