UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 15 November 2010

IRMA HASMIE MAHU HIDUP TENANG......

~ IRMA HASMIE.......Gambar dari mStar

Janji yang diikat di antara dua hati tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Hakikat itu terpaksa di terima oleh pelakon Irma Hasmie dan Nabil Ahmad apabila cinta yang disulam itu terputus di tengah jalan.

Menerima dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan kedua-dua mereka menganggap perpisahan yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis dan perlu dilaluinya dengan tenang.

Sepanjang sesi fotografi bersama Mingguan mStar berlangsung, Irma cuba menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya namun dari raut wajah wanita berusia 28 tahun ini, masih terpalit rasa kecewa.

Satu sahaja permintaannya agar tidak membicarakan soal bekas kekasihnya itu lagi. Ujar Irma, cukup-cukuplah apa yang sedang dihadapinya kini.

“Saya mahu hidup tenang, tidak mahu bercakap soal dia dan apa yang sudah terjadi di antara kami. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku saya anggap sebagai lumrah kehidupan.

“Itulah hidup, kadang kala kita suka dan kadang kala kita berduka. Saya terima dan cuba laluinya seperti biasa. Apa yang saya jalani sekarang sama seperti dahulu juga, bagi saya tidak ada satu pun aktiviti harian yang saya ubah selepas perpisahan ini,” katanya.

Tambahnya, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Awan Dania untuk musim ketiga selain menjadi pengacara program Galaksi terbitan TV9.

Jelas anak jati Kuala Lumpur ini, dia tidak mahu lari daripada masalah, dia juga tidak merancang untuk bercuti panjang bagi menenangkan fikiran. Dia tidak mahu menoleh ke belakang dan mengenang kembali kisah lalu.

Berita selanjutnya di sini - mStar

* Kita doakanlah ketenangan untuknya............Moga dia terus tabah.



3 ulasan:

mia berkata...

bercinta xsemestinya memiliki..hhuhu

amirah berkata...

kesiannya irma ni..

ArELeEz berkata...

alaa.. dah xde jodoh la tu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs