MINA 18 Nov. - Hujan sepanjang malam semalam memaksa jemaah haji berebut-rebut mencari tempat untuk berteduh.
Angin yang bertiup kencang menyebabkan suhu semakin dingin walaupun hujan tidak begitu lebat.
Ada di antara jemaah haji enggan mencari tempat untuk berteduh tetapi sebaliknya mereka gembira menikmati hujan itu.
"Ini menandakan ibadah haji kami diterima oleh Tuhan dan bagi kami ia adalah satu rahmat," kata jemaah haji dari Iran, Ibrahim Mohammadi.
Sementara itu, pegawai yang menjaga kem jemaah haji, mula bimbang tentang kemungkinan berlakunya banjir seperti yang pernah terjadi di Mina dan Mekah sebelum ini.
"Kami telah meletakkan langkah berjaga-jaga dan yakin pegawai yang bertanggungjawab mampu menguruskan sistem perparitan dengan baik," kata Pengurus Jemaah Haji Asia Tenggara, Naif Al-Muttawa.
Pada hari kedua melontar jamrah, hampir tiga juta jemaah haji berjaya melakukannya dalam keadaan lancar semalam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Jabatan Pertahanan Awam dan Kementerian Dalam Negeri mengawal perjalanan jemaah haji di Kompleks Jambatan Jamrah dengan menggunakan beberapa buah helikopter sepanjang hari.
Melontar jamrah adalah satu daripada perkara wajib yang perlu disempurnakan oleh jemaah yang mengerjakan haji. - AGENSI
*Sumber : Utusan
4 ulasan:
agak rare nak nampak mekah hujan
kak ct pernah alaminya pada 2004. Makkah hmpir tiada sistem perparitan sbb itu mudah banjir kilat.
masih ingat hari itu hari Jumaat sbb tidak digalakkan perempuan solat Jumaat jadi solat Zohor dibilik. di luar hujan lebat hingga banjir namun tiada sedikit pun air turun ke tempat tawaf sedang kedudukan Kaabah rendah dari jalanraya yg banjir. amin.
seronok bc kisah para jemaah haji kn..harap yana pn dpt la dimurahkn rezeki buat ibadat haji =)
mintak2 la tak banjir. InsyaAllah :)
Catat Ulasan