UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kemalangan jalan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan jalan raya. Papar semua catatan

Isnin, 8 November 2010

BEKAS WARTAWAN BERITA HARIAN ANTARA YANG TERBUNUH

~ Keadaan kereta Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga terpelosok di bawah treler sebelum terbakar dan menyebabkan kesemuanya rentung di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin Pahang semalam - Gambar oleh Utusan

ROMPIN 7 Nov. - Bekas wartawan akhbar Berita Harian merupakan antara empat yang rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, empat saudara terbabit termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.

Mereka ialah pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Md. Sharif Nani, 61, dan isterinya, Marinah Kambas, 60, anak saudaranya yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28, dan bekas wartawan, Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar kepada Md. Sharif.

Pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini - Utusan


* Mudah2an keluarga mangsa yang terlibat, tabah dengan ujian ini......:(


Sabtu, 21 Ogos 2010

BERNILAINYA HARGA SEBUAH NYAWA

Kenapa entry aku bertajuk macam tu ek? Ala2 skema @ sentimental gitu........ Sebab nyer, sekarang selalu sangat kita dengar tentang kes2 kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa! Dan sering sangat berlaku dalam bulan yang mulia ni. Sana sini kita lihat anak2 kehilangan ibu dan ayah.......Keluarga yang kematian anak2........Suami kehilangan isteri......dan juga sebalik nya.

Ada di antara kes2 kemalangan ni berpunca dari kecuaian sikap kita sendiri. bukan menafikan ketentuan Tuhan. Tapi setiap sesuatu yang berlaku mesti ada penyebabnya.

So, di kesempatan yang ada ni......eloklah kita sume sama2 mengingatkan diri masing2 supaya lebih berhati2 ketika memandu. Dan sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Akhir sekali bertawakkal kepada- Nya. Minta agar dilindungi sentiasa dalam keadaan selamat.

Mudah2an kita sama2 dapat menyumbang sesuatu untuk mengurangkan kes2 kemalangan jalan raya yang sering berlaku sekarang.......kerana sesungguhnya betapa bernilainya harga sebuah nyawa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs