UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 15 November 2010

APA NAK JADI.....ANAK TEMAN BAPA BELI NOMBOR EKOR

SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.


BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri dan polis.

Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli nombor ekor.

“Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

“Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor,” katanya di sini semalam.

*Sumber - KOSMO


4 ulasan:

eelobor berkata...

ok lah tuh, dia nak didik anak dia biarlah dari kecil. ibu-bapa yang mencorakkan. mungkin dia tgh latih untuk menjadi.....jeng..jeng..jeng...

nur berkata...

takkan nak suh anak dia ikut jejak dia pula kan azzey

LYaFRINA berkata...

siannya kat ank tu..
kecik2 dah dibawa k tmpat x baik gni

BLADE EDGE berkata...

salam..

sepatutnya ibu bapa yg patut tunjukkan contoh yg baik buat anak2 kerana anak2 esp yg masih kecik lebih cenderung utk meniru segala yg ditunjukkan oleh org dewasa. x kira la dr segi perbuatan atau perkataan. kalau yg ditiru itu perkara2 yg baik, bagus la..

saya sgt bimbang kalau anak2 kecil tiru perbuatan atau ajuk perkataan yg buruk2 drp org dewasa...bimbang kalau ia memberi kesan ke atas sikap dan tingkahlaku anak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs