
GUANGZHOU - Walaupun cuma gangsa, namun dua pingat yang mewarnai hari pertama Sukan Asia XVI menerusi penembak senior, Nur Suryani Mohamed Taibi dan bintang wusyu remaja, Tan Cheau Xuen semalam menyuntik semangat kontinjen Malaysia untuk memulakan pemburuan sembilan pingat emas yang disasarkan di Guangzhou.
Sememangnya tiada acara yang disasarkan emas pada hari pembukaan, malah kejayaan Nur Suryani menghadiahkan pingat pertama Malaysia sebenarnya dianggap bonus kerana saingan 10 meter air rifle individu wanita tidak berada dalam prospek untuk menyumbang pingat memandangkan cabaran yang hadir adalah bertaraf dunia, terutama penembak tuan rumah.
* Walaupun Gangsa, ianya dah cukup untuk membakar semangat yang lain untuk mendapatkan pingat seterusnya! Syabas!!!
2 ulasan:
tahniah2!!
wow congrats!
Catat Ulasan