UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 19 November 2010

SEJARAH PASIR SALAK AKAN DIFILEMKAN

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sejarah Pasir Salak yang berlaku pada 1871 akan didokumentarikan oleh syarikat produksi Kay Promotions & Productions House tidak lama lagi.

Penggambaran akan dimulakan pada Januari 2011.

Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Jamal Lulkhir Jaludin berbekalkan pengalaman dalam bidang industri hiburan tanah air, syarikatnya yakin untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang terbaik sebagai khazanah generasi akan datang.

Katanya, dokumentari itu turut memaparkan tempat-tempat bersejarah untuk tatapan penonton.

''Pelbagai elemen yang menarik turut dimuatkan dalam dokumentari itu. Ini merupakan kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Tanah Melayu, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan orang Melayu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamal, kos keseluruhan dokumentari itu ialah sebanyak RM150,000.

''Pihak syarikat juga memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri Perak dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi urusan-urusan yang berkaitan lokasi dan bantuan lain.

''Kepada individu yang memiliki koleksi-koleksi lama yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak juga dialu-alu memberikan kerjasama dengan pihak kami,'' katanya.

Kata Jamal, pihaknya juga bersetuju menyumbang sebahagian daripada hasil keuntungan bersih dokumentari itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dan kerja-kerja amal berkaitan agama dan bangsa Melayu di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jamal di talian 019-4334042 atau emel: khir69@ yahoo.com.my.

*Sumber : Utusan

P/S: Rasa bangga kerana Pasir Salak tak jauh dengan kampung aku yang tercinta.....Teluk Intan..........:)

3 ulasan:

relevan berkata...

Datok Jins nak buat Filem ni dulu2 tapi macam tak menjadi jer..

mia berkata...

huwaa..bgos ni..usaha baek utk ilmu sjarah budak3.sbb 2016 nnti, spm wajib kredit BM n sejarah

ardinihumaira berkata...

bagus2.. boleh budak2 ingat sejarah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs