UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 6 November 2010

KEDAH KRITIKAL,PERLIS MULAI SURUT

~ Daalam susah payah dengan keadaan banjir ; peniaga Zurinah Ali (kiri) tetap melayani pelanggan yang datang ke kedainya di Sungai Baru Gunung, Alor Setar semalam......Gambar oleh KOSMO


ALOR SETAR – Keadaan banjir di Kedah semakin kritikal apabila jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 39,783 orang berbanding 28,569 orang semalam manakala keadaan di Perlis semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 11,965 orang daripada 15,027 orang semalam.

Di Kedah, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat di tiga daerah utama iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

Bagi daerah Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang manakala daerah Kota Setar seramai 16,436 orang dan Pendang pula 244 orang.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara memberitahu, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 100 pusat pemindahan banjir dibuka dan daripada jumlah itu 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini semalam mendapati, semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air manakala beberapa kawasan perumahan berhadapan masalah gangguan bekalan air.

Dalam pada itu, banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu turut memberi kesan terhadap perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini apabila 55 pesakit kritikal terpaksa dipindahkan ke lima buah hospital di daerah lain setelah hospital itu mengalami gangguan bekalan air.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


* Mudah-mudahan banjir di Kedah juga akan beransur surut.......

5 ulasan:

ahmad jo berkata...

lepas utara, pntai timur pulak.. adehh!

- zuriey - berkata...

sian kan kat diorang..semoga semua selamat

~aSHa~ berkata...

pantai timur tgu turn je ni..harap takde kemalangan jiwa dah....amin

sahromnasrudin berkata...

semoga uma mertua sy tak kena

Chenta berkata...

hai Azzey ..

Alhamdullilah beransur pulih
now, pantai timur dlm keadaan berjaga-jaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs