UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 6 November 2010

LETUSAN MERAPI PALING DASYAT

~ Para penunggang motorsikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam........Gambar ; dari KOSMO


* Alhamdulillah kita tinggal dalam negara yang aman tanpa bencana seperti ini.......



JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.

Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




3 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam
mmg kesian,double bencana kat sana..tsunami,merapi...serentak...kita baik ati hantar bantuan..tp kdg2 geram dgn sikap sesetenah rakyat indon...isu kecik diperbesarkan..tak abis2 dgn buluh runcing

jeBateja berkata...

Sian kat depa...tapi den kecewa dgn karenah birokrasi kerajaan depa bila bantuan negara lain dtg....emmmmm....

ArELeEz berkata...

uiks! dasat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs