UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 31 Disember 2010

2010 YANG BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA ..

Beberapa jam je lagi ; Tirai 2010 bakal dilabuhkan DAN akan digantikan dengan Jendela 2011 pulak. So, sempena kedatangan tahun baru 2011 ni.....Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan untuk kawan2 semua.

Semoga kedatangan tahun baru 2011 ni akan membawa lebih kebaikan dan kebahagiaan buat kita semua. Teruskan dengan azam baru yang dibina ; lupakan cerita duka yang lama. Gantikan dengan semangat keazaman yang lebih kuat untuk sesuatu yang lebih baik dan ceria di tahun baru nanti.

Tinggalkan semalam yang penuh kedukaan. Tempuhi esok yang menjanjikan seribu kebahagiaan.....Insyaalllah.......


SELAMAT TAHUN BARU 2011 untuk semua.........:)

TRANSPORT MY PRINCESS KE SEKOLAH..

Urusan membeli buku2 sekolah dan semua kelengkapan persekolahan untuk my princess dah selesai. Sekarang cuma tinggal urusan pendaftaran pada hari Isnin (3.1.2011) ni dan juga urusan untuk transport ke sekolah.

Aku plan nak my princess naik bas je ke sekolah. Sebab waktu persekolahan di apada sesi petang tak mengizinkan untuk aku menghantarnya ke sekolah. Aku dah survey ; RM 40 untuk sebulan. Hantar dan ambil dari sekolah......

Rasanya itu yang terbaik setakat ni. Mintak2 sume nyer okay je nanti...:)

ABC ............. AIR BATU CAMPUR

~ ABC ............... Air Batu Campur (ataupun disebut juga Ais Kacang)


Sedap nyer makan ABC baru2 nih ....* eh2....makan ke minum?....* Dah lama tak pekena ABC nih. Tapi tak sume ABC tu sedap. Yang sedap kalau cukup rasa manis dan lemaknyer. Lagi2 kalau kacang kat dalam tu banyak......Lagi sedap.

Paling special kalau ABC yang diletakkan aiskrim kat atas nyer. Lagi meletops!

LUNCH FOR TODAY !

~ Menu of the Day.......


Hari cuti hari ni yang membolehkan aku masak untuk my family. So lunch hari ni was my own cooking hokay. Nasi putih , berlaukkan ayam goreng, sambal tumis udang dan sayur bayam masak lemak.....

Alhamdulilah, syukur dengan rezeki dari-Nya . Mudah2an terus dilimpahkan rezeki yang baik untuk masa2 akan datang kannnnnn.....Korang dah lunch?

Ape menu lunch hari ni....?

IKLAN MENARI-NARI ......NAK BE LAGI.....






Macam pantun plak tajuk entry aku ek...hi3....Bukan ape....syok plak tengok iklan menari2 kat blog aku nih. Bila dah selalu menari2 tu.....Rasa nak je dapat BE lagi.....

Ada harapan ke wahai Encik Nuffnang yang baik hati?....* ayat mengampu le plak nih.....hu....*


* Mood : Nak BE................:)

BERTUAHNYA PAGI NI ..


Pagi yang 'bertuah' untuk aku.heh3.......Bertuah kerana terpilih sebagai Pembaca Bertuah di blog Ardinihumaira. Tak sangka. Sker nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......* senyum sampai ke telinga*......

Terima kasih ye dni. Mudah2an terus 'bertuah' sampai bila2..........Lagi2 nak masuk tahun baru 2011 nih........:)

Selamat pagi ye. Mood ceria nih.........

Khamis, 30 Disember 2010

PIZZA HUT; MENU DI PETANG HARI

~ Soup of The Day........Chicken Soup

~ Pizza.....Island Supreme


Petang tadi ke PIZZA HUT lagi. Sebagai memenuhi permintaan my princess yang nak kan Mushroom Soup. Tapi hari ni yang ada Chicken Soup je.

Makan plak dengan roti yang masih panas lagi. Memang sedappppppppp........ Lepas tu layan plak Pizza Island Supreme. Memang marvellous........So no cooking tonight....heh3........Perut dah kenyang makan Pizza.......:)

DIALOG BULANAN ; DISEMBER 2010

Petang ni Dialog Bulanan untuk Bulan Disembar plak. Kehadiran untuk Dialog bulanan ni adalah diwajibkan ; tapi ada juga yang tak pegi……

Aku pun macam malas nak pegi…..tapi kena pegi juga….Malas plak nak bersoal jawab dengan boss nanti…..

P/S: Yang penting esok boleh rehat puas2…..CUTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SANA –SINI PASAL BOLA

Sana-sini orang bercerita tentang bola. …Yelah pasukan kita kan baru je menang malam tadi untuk Piala Suzuki AFF 2010……..So masih panas lagilah citer tu…..

Tadi ke sekolah my princess, membeli buku sekolah dia yang tak de stock hari tu……Pak Guard dari jauh lagi dah senyum sokmo sambil kata “ ESOK CUTI…..ESOK CUTI…Malaysia menang”…….He3…..

Macam2 kerenah kannnnn…….:)

MISI SELESAI ...

Misi mencari kain uniform sekolah my princess berakhir semalam di KAMDAR Prima Saujana. Punyalah jauh sampai ke KL aku mencari hari tu….kat tempat yang dekat dengan umah juga yang jumpa….:)

So, MISI SUDAH BERAKHIR YE…..:)

PIALA AFF SUZUKI : PM ISYTIHAR CUTI UMUM JUMAAT INI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.

Sumber : Berita Harian

TAHNIAH UNTUK PASUKAN MALAYSIA ; AFF SUZUKI CUP 2010

Walaupun aku tak tengok malam tadi.....tapi bila dapat tau Malaysia menang (masa BW tadi)...memang rasa bangga yang teramat sangat!

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA YANG MENANG (4-2) UNTUK AFF SUZUKI CUP 2010.

TIDUR YANG CUKUP ; BANGUN PAGI PUN RASA SEGAR JE ..

Hari bangun pagi dengab rasa segar sebab dapat tido yang cukup........Malam tadi pukul 9 lebih akau dah tetido. Tejaga pukul 5:30 pagi ; my princess masih mengadap TV. Rupa2nya dia tak tido semalaman......Blogging dan tengok TV........

Cepat2 aku suruh dia tutup TV dan masuk bilik. Sempat pesan suruh solat dulu sebelum tido. Malam ni tak boleh biarkan dia berjaga lagi. Lagpun tak lama lagi dah nak bukak sekolah......

Aku plak tetido atas sofa je. Nasib baik badan tak sakit2 pagi ni.........Malam tadi memang tak de update blog dan BW . Mengantuk sangat.....he3......

Selamat pagi yang ceria untuk semua......:)

Rabu, 29 Disember 2010

MISI MENCARI KAIN UNIFORM SEKOLAH MY PRINCESS

Dah dekat pukul 4:30 petang. Waktu untuk pulang ke rumah selepas 8 jam bekerja. Petang semalam ke Bangi …..hari ni may be Kamdar atau BILLION…….misi mencari kain sekolah untuk my princess…..

Mintak2 adalah hendaknya. Sebab asyik tak de saiz je……hu3….

TAK SEPERTI DIA ...SYUKUR SEADANYA

Masa on the way ke office tengahari tadi, ada sebuah motorsikal kat depan keta aku. Aku sengaja perlahankan keta dan follow motorsikal tu. Aku tengok kat atas tempat duduk bahagian belakang ; timbunan kotak2 yang siap disusun dan diikat. Kat tangannya plak satu plastik penuh dengan tin2 minuman yang kosong ; mungkin baru je dikutip agaknya tu......

Perlahan je dia bawak motor. Aku pun terasa gak kesiannya….sebab yang bawak motorsikal tu seorang perempuan. Yang terfikir di hati aku adalah… "Mesti itu adalah salah satu punca rezeki-Nya ….dan ada kemungkinan dia tidak ada sape2 untuk bergantung hidup. So, terpaksa mencari rezeki dengan cara yang macam gitu.

Terbit rasa insaf dan kesian pada dia. Syukur sangat sebab aku selesa drive kereta (walaupun bukan kereta mewah) dan bekerja di dalam office yang lengkap dengan penghawa dingin …..TAK SEPERTI DIA…….

*Rasa insaf sebab tak semua manusia ni bernasib baik kannnnnnnnn ....................

UPDATE2 !!! MY SHOUTBOX ...


Just nak inform pada kengkawan sume. Aku dah sediakan SHOUTBOX ye untuk kengkawan sume say salam, hai , hello dan hape2 jugalah …..asalkan kita terus jadi kawan ye…Hi3…..

Sebelum ni dah ada kawan2 blogger yang mintak aku buat SHOUTBOX ni …..Baru malam tadi sempat buat. Itupun my princess yang tolong buatkan…..hu3……

TAHUN 2010 BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA…..SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2011

Hari ni dah 29.12.2010. Hanya 3 hari je lagi untuk kita melangkahkan kaki ke tahun baru 2011. Tahun 2010 pula akan melabuhkan tirainya…..

Sebagaimana biasa…..Tahun Baru sinonim dengan azam baru. Apa azam baru korang? Aku plak….yang pasti nak jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai seorang hamba-Nya, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak dan seorang pekerja……..Perghhhhhhhhhhhhhh…..banyak tu. Mudah2an dapat ditunaikan.

Azam yang jelas boleh dilihat…nak join senamrobik kat office aku every week tanpa gagal ; kecuali kalau tak sihat atau outstation….hu3……

GIVEAWAY eqbalzack “SERBA SATU”


Anda hanya perlu ikut syarat-syarat di bawah ni:


1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
Areleez
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi

SO, KALAU BERMINAT BOLEH JOIN SAMA .....:)

OWHHHHHHHHHHHHH....TERUJA PRESSIE FROM MY HUBBY FOR OUR ANNIVERSARY ...




Sungguh aku teruja. Surprise from my hubby. Rupa2nya handphone NOKIA C3 yang dia beli ari tu......as a pressie for me on our anniversary........Aku teramat lah skernya......

NOKIA C3 yang membolehkan aku berblogging dan berfb di mana ; asalkan ada access internet.....:)



* Baru petang semalam dia wish lagi sekali dan cakap yang handphone tu hadiah untuk aku.....SAJE JE NAK WAT SURPRISE!

DAH BREAKFAST ?

‘Aku turut..aku turut.................. bersamamu

Aku jua…aku jua……ingin bersamamu

Aku ingin…..iaku ingin …….. bersamamu jua nanti..

Bagaikan hari2 dulu lagi……’

* Sker lagu nyanyian artis Indonesia ni……Saje je nak share pagi2 nih……Korang dah breakfast?

MAKAN CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE MOUSSE PUN BEST PAGI2 NI..



Sape sker coklat? Sila angkat tangan dan angguk2 ye....heh3........Cadbury coklat memang my favourite. Sume jenis perasa aku sker. Coz Cadbury ni coklat nyer memang sedap dan terasa lemak2 manis gitu.....

Pagi2 ni makan coklat sikit ; boleh naikkan mood keja kot.......Kalau tak tau nak breakfast apa ........makan Cadbury coklat ni sikit pun okay juga.......:)

Selasa, 28 Disember 2010

JANGAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Kenapa susah sangat nak berubah? Kerja yang sepatutnya diarahkan untuk kita selesaikan........sudahnya orang lain yang siapkan. Kan ke unfair untuk orang lain tu ....

Yelah dah ada tugas masing2 kenalah selesaikan mengikut yang sepatutnya. Dah diberi tugasan mengikut kelayakan ; jadi maknanya kerja tu boleh kita selesaikan mengikut kelayakan kita. Sepatutnua sahut cabaran tu. Bukan buat sekadar melepaskan batuk di tangga.....

MACAM TU KIRA PANDAI KE ?

Terdengar caakp2 seorang kawan…..

“Dia tu tau sume benda….Pandai 'kautim' tu…..”

Tapi kalau ‘kautim’ yang dimaksudkan ialah menipu apa gunanaya? Pandai ke dengan cara menipu? Itu ke yang diistilahkan pandai?

Pandai menyusahkan orang lain....... mungkin agaknya…..Tapi ingat sesuatu…..

‘Sepandai2 tupai melompat…akhirnya jatuh ke tanah juga’……:)

KE TAMAN BURUNG KL..PART 2

Ni sambungan citer sebelum ni; Ke Taman Burung Part 1. Puaslah we alls posing2 kat Taman Burung tu. Cantik burung2 kat situ.

so layan jelah gambar2 yang aku amik kat Taman Burung hari tu ye....



~ Aku skerkan pemandangan ikan yang berenang2 kat dalam kolam tu......cantik!




~ Bergambar dengan burung merak yang pandai posing....hu3...

~ Inilah view air terjun yang aku nak ambil tu....:)


~ Gambar ni motifnya nak amik gambar view air terjun kat belakang sana nun.......


~ Burung ni cantik ; buat aku teruja nak bergambor dengan nya.....tapi cuak juga , takut kena patuk.....hu3.....



~ Itik yang berenang2..............

~ Mata Burubg hantu yang menakutkan......ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........

~ Mula2 aku ingatkan yang kaler2 oren tu sponge basah.....rupa2nya buah betik yang dipotong2....hu3.....


~ My princess with Ostrich

ITULAH PENANGAN KERJA LAST MINUTE !

Bila kita sibuk2 discuss ‘dia’ sibuk dengan ‘dunia’ dia sendiri. Cakap berapi2 ; macam banyak sangat ilmu ….macam tau semua perkara.

Sekarang ‘dia’ jugalah yang macam tikus …senyap je. Buat kerja pun dah tak tentu hala. Yelah orang lain sume dah submit ; 'dia' je yang sibuk buat keja last minute! Sumenya serba tak kena ….sumenyer serba tak betul belaka.

Dah orang kata jangan suka buat kerja last minute ; tapi last minute itu juga yang ‘dia’ suka….Sudahnya kepala sendiri yang sakit ….hu3……


P/S: Itu sebab jangan suka kerja bertangguh. Buat sikt..lama2 siap juga. Daripada nanti2…sudahnya tak siap langsung….

PAGI YANG CERAH

Pagi yang cerah hari ni. Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi nikmat untuk bernafas di muka bumi ini. Selamat pagi untuk kawan2 semua........

Semoga kita terus ceria ; seceria dan secerah hari ini....amin

Isnin, 27 Disember 2010

DAH SAMPAI JODOHNYA ..... USIA BUKAN PENENTU BAHAGIA

Cek fb....Ternampak gambar persandingan seorang rakan lama. Alhamdulillah dah sampai jodohnya. Walaupun berbeza usia ; tapi kalau dah cinta apa nak dikata. Janji kita bahagia.......

Rupa paras dan usia bukan ukuran. Yang penting sama2 tau dan melaksanakan tanggungjawab masing2. Itu yang menentukan kebahagiaan sesebuah perkahwinan dan menyumbang kepada kekal atau tidaknya sesebuah perhubungan.

Bukan hak kita nak mempersoalkan.....kenapa orang itu pilihannya......Memang dah ditakdirkan itu berlaku dan Allah mengizinkan ; maka jadilah ia. Lebih baik kita saling mendoakan......bukan menyalahkan.........

AZAM BARU ; SENAMROBIK

Lenguh2 kaki masih terasa penangan senamrobik petang tadi. 1 jam yang berbaloi2. Berpeluh2 dibuatnya lepas senamrobik tadi. Tapi best. Next week mesti aku join lagi ; azam baru di tahun baru......Senamrobik salah satu aktiviti minggaun yang diharuskan! Hu3......

Kalau tak aku just joging kat kawasan umah je. Tapi tak best joging tak berteman. Senamrobik best coz ramai2. Kelakar tengok macam2 step yang boleh dilihat hasil peserta2 senamrobik on the spot. Tapi tak kisahlah......yang penting sume sporting.....

Paling best poco2 dan chicken dance.......Memang enjoy.......


P/S: Semangat nak bersenamrobik coz my princess temankan.......Officer aku plak kata .....'dah boleh jadi kawan'.....aku senyum meleret je......heh3......

AKU BALIK DULU....

Beberapa minit je lagi ke pukul 4:30. Mesti my hubby dah kuar dan on the way ke office ni untuk jemput aku. Hari ni ada driver yang menghantar dan menjemput. Rasa macam tuan besar plak…heh3….

Tapi untuk hari ni je. Esok kembali berdikari dan lone ranger. Hari ni sebab my hubby nak servis keta je tu yang aku tak leh nak bawak keta tu…

So, selamat meneruskan tugas hingga ke masa penamat ye kengkawan sume. Aku balik dulu…..hu3….

P/S: Jangan lupa offkan suis computer tu……hu3…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs