
Selasa, 24 Januari 2012
MY BREAKFAST TODAY - SARDINE SANDWICH

Ahad, 8 Januari 2012
MY BREAKFAST TODAY

Isnin, 11 April 2011
BREAKFAST NASI KERABU KE ?
~ Nasi Kerabu ; hasil air tangan mak kepada officemate aku ; ROSNIKorang camne? Sker ke makan Nasi Kerabu?
Ahad, 10 April 2011
PAGI NI BREAKFAST ROTI TELUR JE....:)
Ahad, 20 Februari 2011
TEH 'O' PANAS DAN BISKUT 4 SEGI
~ My breakfast today...:)Dah breakfast boleh le online plak. ...Tapi tetiba...aku tercium bau sesuatu sedang digoreng......Bila tengok ke dapur..rupa2nya my hubby tengah goreng telur. H3.......orang tak bese breakfast biskut2 nih. Sib baik dia very independent. Ala..sesekali wife dia ni nak rest dari masak untuk breakfast......Tak salah kan.....:)
Rabu, 19 Januari 2011
YEAY2..ESOK CUTI YEAY !
Ha3…seronok sakan nak cuti sampai tak hengat2! Macam lah aku sorang je yang cuti esok. Orang lain pon cuti sama. Tapi may be ada yang keja ; sebab OT. Okaylah gak tu….masyukkkkkkkkkkkkkkkk gak……:)
Hari ni datang keja dengan hati yang berbunga2 ceria ; bagai ada taman di dalamnya. Hu3….Walaupun kelam kabut pagi tadi nak siapkan lauk untuk makan tengahari my princess….tapi tetap cool je buat sume tu. Sempat jugalah my hubby ‘layan’ sepinggan sebagia breakfast dia pagi ni ; Nasi putih berlaukkan Sotong Masak Kicap dan sayur Kacang Buncis goreng Bercili.
Sekarang ni dah kat office…..update blog jap. Tadi dah wat keja sikit……Pas ni sambung keja semula.Selamat pagi dan selamat bercuti esok untuk kengkawan sume…
Rabu, 29 Disember 2010
DAH BREAKFAST ?
‘Aku turut..aku turut.................. bersamamu
Aku jua…aku jua……ingin bersamamu
Aku ingin…..iaku ingin …….. bersamamu jua nanti..
Bagaikan hari2 dulu lagi……’
* Sker lagu nyanyian artis Indonesia ni……Saje je nak share pagi2 nih……Korang dah breakfast?
MAKAN CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE MOUSSE PUN BEST PAGI2 NI..
Sape sker coklat? Sila angkat tangan dan angguk2 ye....heh3........Cadbury coklat memang my favourite. Sume jenis perasa aku sker. Coz Cadbury ni coklat nyer memang sedap dan terasa lemak2 manis gitu.....
Rabu, 22 Disember 2010
BARU JE BREAKFAST ..
So, eloklah breakfast dengan menu yang ringan je. Tapi lain orang lain selera ; lain citarasa. Kalu yang bekerja berat tu may be akan pilih menu yang agak bereat juga kannnnn......
Rabu, 15 Disember 2010
SAMPAI AWAL DAN BREAKFAST ROTI TELUR
Sempat jugalah my hubby bekalkan aku dengan Roti telur 2 keping dan air susu. Dia bermurah hati untuk siapkan breakfast pagi nih. I loikeee it.....:)
Kengkawan sume breakfast apa pagi nih......Apa2 pun pastikan yang berkhasiat ye.....
Sabtu, 11 Disember 2010
BREAKFAST NASI GORENG DAN FILEM NASIB LABU-LABI
* Makan bersama mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga....:)
Ahad, 14 November 2010
TAK SEMESTINYA.......KERANA.........
Alhamdulillah, kenyangggggggg. Sekarang ni nak BW pulak. Sebelum tu nak share something.......
*Saje nak berkongsi......
Sabtu, 13 November 2010
MY BREAKFAST TODAY....NASI LEMAK
Pagi ni aku breakfast Nasi Lemak. Sejak dok kat sini (dah setahun lebih), baru beberapa kali je aku breakfast Nasi lemak. Itu pun tak penah habis! Coz tak jumpa lagi yang menepati selera aku......
Tapi semalam, my officemate introduce dengan Nasi Lemak ni........Habis licin aku makan. Kalau lauk biasa(telur dan sambal ikan bilis) RM 1.20 je......Kalau tambah sambal kerang cam gini.....RM2.20. Memang sedap. Sambalnya yang manis2 pedas tu yang buat aku sker!
So, tu yang mintak my hubby belikan lagi hari ni. Aku dah lapar ni. Jom breakfast!
Rabu, 4 Ogos 2010
Good MoRninG & HappY BrEakFasT
~ Breakfast by GoogleGood morning......Selamat pagi sume. Hopefully you alls bersemangat untuk meneruskan kerja2 hari ni sampailah waktu balik nak punch card nanti!
Sebelum terlupa, aku nak ingatkan jangan lupa breakfast dulu. Breakfast atau pon sarapan ni penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh kita. Bila tenaga cukup barulah bersemangat nak buat keje. Tak kisahlah menu apa pon.....yang penting cukup nutrien dan semesti nyer lah yang berkhasiat.
Okay, aku pon nak minum dulu. So untuk you alls.....Happy breakfast time !!!
Sabtu, 31 Julai 2010
RoTi + ScRaMbLe Egg + NeScAfE 'O' PaNaS
Sesaje jerk nak citer tentang breakfast aku pagi tadi........Roti + Scramble egg( bahasa melayu nyer.....telur masak hancur) + Nescafe 'O' panas. Easy to prepare dan yang penting.......mengenyangkan!
Untuk breakfast, besenyer aku memang tak boleh blah dgn menu yang agak heavy.......ha3.....bukan nak belagak, tapi may be semenjak 2 menjak umur dah makin 'banyak' ni.....dah tak berapa selera nak makan yang heavy sangat awal2 pagi.
Tu yang prefer roti @ bijirin segera je tuh.....hu3....... Poket pon boleh jimat gak...... Breakfast penting coz memberi tenaga untuk kita teruskan aktiviti seharian. Apa pon yang kita makan untuk breakfast, makesure menyihatkan dan yang penting jangan sampai berlebihan. Sebab berlebihan itu membazir namanya hokay!!!
p/s: Menu ni kalau nak buat untuk minum petang pon...... boleh juga. Gantikan dengan kopi 'O' panas plak!!!
