UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 6 November 2010

SEORANG LAGI GADIS HILANG

~ Shahara Fujie Mohd Nasir - foto BERNAMA

MELAKA: Seorang ibu memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk mencari anak perempuannya Shahara Fujie Mohd Nasir, 16, yang dipercayai dilarikan seorang pemuda yang berasal dari Indonesia.

Sharifah Mohamed, 36, berkata beliau mendapati anaknya hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Tehel, Bemban, Jasin, pada pukul 5 petang 25 Oktober lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

"Saya diberitahu kawan anak saya yang dia (Shahara Fujie) ada berkawandengan seorang lelaki Indonesia, tetapi hati saya masih kata anak saya masih berada di negara ini, tetapi saya takut anak saya dibawa lari lelaki itu ke Indonesia," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sharifah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu pada pukul10.50 pagi 26 Oktober lepas di Balai Polis Jasin.

Beliau berkata setelah mendapati anaknya tidak pulang ke rumah pada pukul6.30 petang 25 Oktober itu, beliau terus pergi ke rumah seorang kawan anaknya untuk mencarinya dan dalam perjalanan beliau menjumpai motosikal yang digunakan anaknya itu diletakkan di tepi jalan.

Katanya anak sulung daripada empat adik beradik itu kali terakhir dilihatberpakaian baju T berwarna hijau dan seluar sukan berwarna hitam,mempunyai ketinggian 155cm, berat 54kg dan rambut ikal paras bahu.

Sharifah Mohamed menceritakan kejadian kehilangan anaknya Shahara Fujie Mohd Nasir kepada pemberita, diperhatikan oleh suaminya, Mohd Nasir Ahmad.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela Barisan Nasional Melaka, Amir Hamzahberkata pihaknya telah melakukan pelbagai cara untuk membantu Sharifah dansetakat semalam, tiada rekod menunjukkan Shahara Fujie keluar dari negara ini secara sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat PolisDaerah Jasin di talian 06-5292222 atau Balai Polis Jasin 06-5291224. - BERNAMA

* Sumber: mStar


4 ulasan:

nazirulhazwan~ berkata...

ashik hilang jer.nila jadi bile bekawan ngn sape2 ntah.

p/s : sy follower ke 100 blog ni:P

ainzuryn berkata...

salah satu sebab kenapa perempuan mesti cari lelaki stabil untuk dijadikan suami. bila dah ada anak remaja, si ibu boleh berhenti kerja tumpukan perhatian dan curahkan kasih sayang yang cukup untuk anak supaya anak kita tak perlu menagih kasih dan mencari perhatian dari entah sape di luar sana.Selalu terjadi kes macam ni bila kedua-dua ibubapa bekerja untuk sara hidup yang makin menyesakkan.wallahualam...

azzey berkata...

kobEjordan: time kasih mengingatkan saya ttg follower ke -100 & thanks coz jd follower saya......:)

ardinihumaira berkata...

semoga beliau segera ditemui, amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs