UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 9 November 2010

HASRAT RAGUT WANITA YANG AKHIRNYA MERAGUT NYAWA SENDIRI

~ Mayat penjenayah yang akhirnya ditembak mati oleh anggota polis dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, semalam

SEREMBAN – Seorang penjenayah yang cuba meragut seorang wanita ditembak mati oleh polis ketika dia melarikan diri dan cuba melawan anggota polis yang mengejarnya di Kawasan Perusahaan Senawang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi, lelaki yang berusia 32 tahun itu dikatakan cuba meragut seorang wanita yang menunggang motosikal seorang diri di satu persimpangan lampu isyarat di Senawang.

Bagaimanapun, tindakan suspek yang menunggang motosikal Yamaha RXZ itu disedari oleh dua anggota polis yang masing-masing menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek yang menyedari tindakannya diperhatikan oleh dua anggota polis itu membatalkan niatnya untuk meragut dan terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa.

Menurut beliau, seorang anggota polis yang menunggang motosikal Modenas Kriss mengejar suspek sehingga ke Kawasan Perusahaan Senawang, kira-kira empat kilometer dari lokasi peragut itu dikesan.

“Ketika dikejar suspek beberapa kali cuba menendang motosikal anggota polis yang mengejarnya sebelum suspek kemudian berhentikan motosikalnya di tepi jalan dan melarikan diri ke satu kawasan berpaya di situ,” kata beliau di sini semalam.

Anggota polis itu juga turun dari motosikalnya dan mengejar suspek itu ke kawasan paya sambil mengarahkan lelaki itu menyerah diri.

“Namun, suspek terus cuba menyerang anggota polis itu dengan topi keledar sehingga menyebabkan tangan kiri anggota polis terbabit cedera,” kata Saiful.

* Sumber: KOSMO

8 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

itu la...xdk kerja cari kerja n pasal kan...apapun..al-fatihah untk arwah....moga jd tauladan utk bakal peragut2 yg lain..ngeh3

jeBateja berkata...

itu bahagian dia...kita lom taw...mana taw kita pergi di tika kena marah pada IBU kita...emmm...tak selamat gak....

Ati Masrif berkata...

salam kenal.

kesian juga pd dia...emm kita pun xtau apa kesusahan fmly dia pula..Al-Fatihah buat dia.

[sutera kasih] berkata...

Pengajaran buat kita smua huhu..siapa kita utk menghukumnya..Al-Fatihah

velasrizal berkata...

wat jahat di balas jahat kan..

Iklan Deepavali FINAS 2010 Cetus Kontroversi Perkauman?

mohad berkata...

dia guna topi keledar jer...tapi kenapa polis cepat tembak tu....

Unknown berkata...

astaffirullah...

semoga rohnya dicucuri...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

padan muka! kot ye pun susah ke hape kan.. carikla keje halal. keje kilang ke.. tukang cuci keta ke.. nak 1000 daya la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs