UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 8 November 2010

ANAK LINDA - QUE ; HARI JADI MACAM KENDURI KAHWIN !

~ Linda dan Que meraikan majlis ulang tahun genap setahun umur Ratu di Enau Court, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.

Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.

Pada 26 Oktober lalu, genap setahun umur Ratu yang turut menyarungkan gaun comel dan riben berwarna kuning.

Hampir 100 tetamu yang hadir termasuklah selebriti Sofea Jane, Sharifah Shahira, Jeslina Hashim, Ekin dan Mawi.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Rasa macam kenduri kahwin pula cuma pengantin lelakinya tiada,” kata Linda kepada mStar Online.

Selain dihidangkan dengan jamuan makan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan permainan melibatkan kanak-kanak.

Aktres Sofea Jane turut hadir memeriahkan majlis.

“Mereka berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghias kertas berbentuk matahari. Selain itu, kita turut membuat pertandingan pakaian dan topi tercantik.

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak diajak bermain permainan mengetuk sebuah kotak berbentuk matahari yang digantung. Dalam kotak itu, terdapat gula-gula berwarna kuning. Kami juga menjemput seorang badut wanita untuk menghiburkan kanak-kanak,” ujarnya lagi.

*Sumber : mStar


15 ulasan:

Myra Jay berkata...

Syokkan bila berduit nie sanggup lakukan apa saja untuk anak tersayang..
Smbut ulangtahun 1st mcm kenduri kawen, utk nex nex nex tahun tak tau la kan.. :)

azieazah berkata...

Fuhhh... anak orang glamer lagi terkenal. Apa ada hal....

Dunia artis, resamnya memang begitu lah. Tak gah tak sah.

ILA HonEyBuNNy berkata...

wahhh..sakan sgoh....untg anak Que...he2

Namio Oo berkata...

wah.. keluarga bahagia.. suka tengok dieorg ni...comel...

nur berkata...

azzey- happeningnya..
ALL IN ONE

Lady of Leisure berkata...

wah meriahnya.. hehe comel anak dia kan..

eelobor berkata...

wah cepatnya...dah setahun anak dia kan.

Misz-ella berkata...

hebat!!

Puteri Iqa Izyan berkata...

wah.cantek la.
princess ratu ;D

Kik0 ♥ QiLaH berkata...

eh dah setawon.
cepat je huhu

tembam betol :D

abigemok berkata...

haha. biasalah tu kalo dh namanya kaya raya kan :)

Chenta berkata...

nama pun artis ...

ardinihumaira berkata...

linda sangat vouge!:D
omeynye kek dia. nak curi je rasanya..

amirah berkata...

aah kan..byk duit bleh la wat mcm2..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

meriah woo.. nak wat gaklah nanti! besday pakcik. heh3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs