UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 9 November 2010

YANG SIMPLE......TELUR MATA MASAK KICAP

~ Bahan utama.....of course lah telur ayam yang dah dibersihkan

~ Bawang merah 2 ulas, bawang putih 2 ulas, sedikit lada hitam dan cili merah.........Bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama-sama lada hitam

~ 1 biji bawang besar dipotong bulat

~ Mula-mula telur digoreng (telur mata)

~ Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi sehingga naik bau (tapi bukan sampai bau hangit ye......hu3......)


~ Kemudian, masukkan sedikit air.Kacau –kacau. Bila sudah mendidih masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili merah bersama2 sedikit air asam jawa. Tuangkan kicap pekat dan perlahankan api.

~ Masukkan telur mata yang digoreng tadi dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Kacau2 sehingga kuah mendidih dan agak pekat sedikit.

~ Boleh lah dihidangkan !

~ Sebagai tambahan menu hari tu......Ikan masin goreng, ikan bilis goreng dengan bawang bercili dan Sayur Bayam Tumis Air


* Kadang-kadang yang simple tu yang sedap! (agak nye lah....hu3.....)

2 ulasan:

Redbloodsnow berkata...

wahh rajin ko siap wat cili tuh sbg hiasan yunk. klo aku la kan...KUASA! hahaha. psstt..something masakkan simple lah yg plg nangis kan kan :)

ArELeEz berkata...

simple la best! klu bnyk sgt, nanti xtau nak amik yg mane 1 & xfeel mase makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs