UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 5 November 2010

KELAHIRAN BAYI DI HARI PESTA CAHAYA / DEEPAVALI

Lahir di saat-saat kemeriahan Deepavali.....

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Seramai 65 bayi dilahirkan di beberapa hospital di sekitar Lembah Kelang ketika penganut agama Hindu menyambut ketibaan Deepavali hari ini.

Hospital Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 23 bayi (10 lelaki, 13 perempuan) dan diikuti Hospital Selayang (11 lelaki, 10 perempuan) dan Hospital Sungai Buloh(10 lelaki, 11 perempuan), masing-masing berkongsi jumlah kelahiran sama iaitu 21 orang.

Daripada jumlah itu, dua bayi dilahirkan warga Indonesia dan dua lagi oleh warga Myanmar.

Tiga bayi lelaki dilahirkan antara pukul 12.08 pagi hingga 1.46 pagi dengan yang pertama seberat 2.85 kilogram, di Hospital Sungai Buloh, kelahiran kedua di Hospital Kuala Lumpur 12.17 pagi (seberat 2.75 kilogram) manakala bayi ketiga (seberat 3.09 kilogram) di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Eksekutif Perhubungan Awam Hospital Pantai Hemakumari Sugayindran berkata sehingga 2.38 petang tadi, tiga bayi dilahirkan di hospital berkenaaan, masing-masing berbangsa Melayu, Cina dan India Muslim. - Bernama

* UTUSAN

2 ulasan:

aque berkata...

wah.. ramainye bayi... hehehhe :D

nur berkata...

seronok ibu2 tu anak lahir hari spesel
ALL IN ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs