UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 30 November 2010

PILIH-MEMILIH .......BESTNYA BOLEH PILIH-PILIH

Sukar untuk memilih........Serba salah ; takut yang dipilih itu bukan yang terbaik atau pun akan mendatangkan keburukan di masa akan datang.........Sudahnya jadi ragu-ragu........

Itulah di antara apa yang akan kita rasa bila membuat pilihan . Kadang2 baru diuji dengan beberapa pilihan........terus hati berkata2......."kenapa macam ni?.....kenapa sekarang?.....Kenapa aku plak?.........Semuanya menggambarkan rasa tidak bersyukur dengan apa yang Dia berikan........*walaupun bukan niat kita sebenarnya*........

So, pengajarannya..........bila didepani dengan banyak pilihan........Ucapkan rasa syukur terlebih dahulu.......Kemudian tenangkan fikiran dan fikir yang positif. Mohon petunjuk agar diberikan yang terbaik oleh-Nya. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

*Janji Allah itu benar.........Bersyukur pada-Nya.......Jangan asyik nak komplen je.......*Peringatan untuk diri sendiri juga*.......

SURAT PANGGILAN TEMUDUGA.......TERASA DIRI BEGITU BERHARGA

Baru je terima sms from my litle sista.....Areleez. Dia kata ada surat interview untuk aku sampai kat umah my mum di kampung. Jawatan yang berbeza dengan yang aku sandang sekarang ni ........*Hati berbunga ceria coz terasa diri dihargai.......*

Orang kata bila dapat surat interview ni umpama sebelah kaki dah mula melangkah.........50-50.........Memang kerja yang aku minati . Sebelum ni aku pernah rasa tak selesa dengan pekerjaan sekarang ( walaupun kedua2nya dalam sektor government juga....)

Tapi bak kata pepatah ; Alah bisa, tegal biasa. Lama2 aku dah mula serasi di sini. Dah setahun aku bina kehidupan di sini. Baru2 ni pun aku dah terima surat Pengesahan dalam Perkhidmatan. Lagilah terasa dihargai!

Bila ada peluang interview ni .......entahlah...... Aku serahkan pada keadaan. Hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk aku........Apa2pun aku bersyukur........bahagia.......gembira.........Rezeki itu ada di mana2........

SIBUK ....UPDATE BLOG

Hari ni memang busy. Masih ada member yang MC. Tapi tetap 'curi' update blog! .....* Tapi keja tetap jalan tau.....*. Kan aku selalu cakap ; utamakan yang utama.


Sambil2 tu terfikir menu nak masak untuk malam ni......Rasa2nya masak lemak taugeh , ikan kembung bercili dan ikan goreng.....

ASAM KEPING PUNYA CITER!

Kisah sorang member yang disuruh oleh maknya beli asam keping.........*Ni kisah benar ye.......*

Yang kelakornya dia boleh tanya mak nya......"Berapa keping nak beli asam keping ni mak?"........

Mak dia tak boleh marah......Tapi gelak dan dalam hati gerammmmmmmmmm sangat . Tuhan je yang tau.....Hu3.........

* Dah sah2 tak penah beli barang dapur.....entah2 dia tak kenal pun asam keping tu macam mana......:).....Ade ke asam keping nak beli pakai keping2.....kah3....

MACAM DENGGI JE.....

Makin menjadi2 sekarang ni Demam Denggi. Hari ni sorang lagi officemate aku MC. Simptom2 yang ditunjukkan ; sakit2 sendi, badan panas, sakit kepala.........

Risau aku dengan situasi nih. Kesian gak dengan member tu. Harap2 dia bukan kena Denggi......

* Hargai kesihatan yang diberi.....:)

JANGAN BERTANGGUH.......KAN DAH DISURUH

Pekerjaan bertangguh memang selalunya tak menjadi. Kalau menjadi pun.......takkan 'MENJADI ' seperti yang diinginkan. Ada je yang tak kena.

Kadang2 tak sibuk pun ada orang sker tangguhkan kerja. Dah terbiasa. Bila dah tanguh2 selalu; makin lama makin banyak le jawabnya. Bila dah berlambak atas meja mulalah kepala jadi serabut nak buat sume tu sekaligus.

Ha3........Kan dah selalu diingatkan ; jangan suka bertangguh-tangguh.......Buat kerja tu sungguh-sungguh. Tapi tak juga diamalkan. Kelemahan manusia yang dah terbiasa kannnnnnnn. Memang susah nak ubah yang dah jadi kebiasaan nih! So mulai dari hai ni..........Betulkan yang biasa ; biasakan yang betul hokay!

JANGAN BERTANGGUH LAGI YE!!!

POKOK REPUT PENYEBAB AJAL

STERI Mohd. Helmi melihat mayat suaminya yang mati dihempap batang pokok reput di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.


* SADISNYA CITER NI.........KESIAN......


KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.

Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.

Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.


*Sumber : KOSMO

DULU DAN SEKARANG

Kalu dulu kita pernah derita..........tak semestinya akan terus tidak merasa bahagia.........

Kalau dulu kita berduka........tak semestinya akan terus tidak mengecap apa yang disuka........

Kalau dulu kita sengsara..........tak semestinya akan terus tidak merasa selesa......

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana........

Dia yang menunjukkan jalan di saat kita merasakan tiada lagi jalan yang terbuka untuk kita........

* Alhamdulillah dengan kebahagiaan yang Allah kurniakan sehingga ke hari ini........

Isnin, 29 November 2010

TIGA LAGI KORBAN DENGGI MINGGU INI

GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.

"Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.


*Sumber : KOSMO


* Kesian dengan sorang officemate yang tak sihat hari ni. Bila jumpa doktor ; suspek Denggi! Mudah2an dia akan segera sembuh ......

PUTERA KATAK

Tengah layan citer dongeng PUTERA KATAK kat TV9. Actually ni siaran ulangan. Tayangannya pada jam 4-30 petang di TV3. Sebelum ni citer ULEK MAYANG. Ni kira menggantikan siri ULEK MAYANG tulah!

Best gak layan citer2 dongeng cam gini. Citer PUTERA KATAK ni mengisahkan seorang putera yang terkena sumpahan menjadi seekor katak. Hanya ciuman dari seorang puteri ; dengan seikhlas hati mampu menghilangkan sumpahan itu......hu3......

Tapi ada ke yang sanggup cium seekor katak? Heh3..........Dah nama citer dongeng kannnnnn. Sesekali layan best gak!Heh3.......

* Teringat pada cerita2 dongeng yang lain yang aku sker baca masa zaman sekolah rendah dulu.......Antaranya...... Nelayan dengan Ikan Duyung, Puteri Salju dengan 7 Orang Kerdil,Rapunzel,Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah...........Sume tu best2 belaka!!!

BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 - MASIH ADA MASA UNTUK UNDIAN PERINGKAT PERTAMA

Ni pasal Undian Peringkat Pertama - BPIM 2010. Masih ada masa untuk mengundi. Undian akan berakhir pada hari esok ; 30 November 2010 jam 8 pagi.

Lagi sekali aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada yang sudi mencalonkan aku untuk Blog Personal Isteri Pilihan atas nama BLOG AZZEYATIN. Terasa diri dihargai......:)

Jom terus meriahkan sesi undian ini! Klik di sini.

WANITA OKU RENTUNG DALAM KEBAKARAN

* Sedih baca berita ni.........


PASIR MAS: Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang lumpuh anggota badan dan cacat penglihatan, rentung dalam satu kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini Sabtu.

Dalam kejadian menyayat hati pada 5 petang itu, Fatimah Said, 50, hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum tubuhnya rentung dijilat api manakala adik lelakinya, Majani Omar, 33, yang mengalami masalah mental hanya mampu melihat tragedi itu.

Abang tiri mangsa, Mohd Johari Omar yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, berkata beliau menyedari kebakaran itu sebaik dimaklumkan penduduk kampung namun tidak sempat menyelamatkan Fatimah kerana api marak begitu cepat.


* Berita selanjutnya di sini - mStar

RAMAI YANG MC.....INSTINCT KE CHEMISTRY TU ?

Agak busy hari ni. 3 orang officemate tak datang. MC......Itu yang bertambah2 busy! Curi2 masa je update nih.......hu3.....

Nasib baik aku pun tak meng'MC'kan diri hari ni. Perut rasa sakit dari semalam......Kalau tak makin ramai le yang MC kat office hari ni........

* Selalunya bila berkira 2nak cuti ......mesti ada member yang cuti juga......Instinct ke chemistry tu? Heh3...

ALHAMDULILLAH....SURAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAH AKU TERIMA !

Alhamdulillah. Sebelum ni aku pernah citer tentang urusan untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan aku sekarang ni.

Last week on Friday (26.11.2010)........surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan dah sampai ke tangan aku. Gembira tak terkata. Syukur semuanya berjalan lancar.......

Terima kasih untuk kengkawan yang sudi mendoakan semua ni. Terus doakan yang terbaik untuk aku dalam kerjaya aku sekarang ye........:)

MAYAT LELAKI 'DISEMBELIH' DITEMUI

Sembelih sana -sini. Dah macam senang2 je. Macam nak sembelih ayam je bunyinya. Kejam sungguh orang yang sanggup buat kerja2 macam ni........


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kesan kelar pada lehernya ditemui di tepi jalan Kampung Batu, Jinjang, di sini awal pagi ini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun itu ditemui seorang lelaki ketika melalui sebatang jalan ke tangki air kampung tersebut pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa berbadan gempal dan memakai baju t, berseluar panjang dan berselipar.

“Siasatan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.

“Selain itu, terdapat kesan kelar di leher mangsa, seolah-olah disembelih pihak yang membunuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan tersebut.

Jelasnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa termasuk barangan peribadinya.

Zakaria berkata, pihaknya juga sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


*Sumber : Utusan

SEKOLAH BARU MY PRINCESS

~ My princess


~ Sempat amik beberapa keping gambar masa pegi untuk serahkan surat kelulusan dari PPD hari tu........Memang besar dan cantik gak sekolah nih!


Selamat pagi semua! Harap2 ceria je hari ni ek...........Jangan lupa breakfast dulu. Untuk tenaga ; maklumle 2 hari cuti , nak mulakan keja hari Isnin............. memang berat sikit ; Monday Blues...... Hu3........

Saja aku tepek gambar sekolah baru my princess kat sini. Harap2 dia happy memulakan persekolahan kat sini next year. Memang dia berat nak tinggalkan sekolah lama dia tu.......but live must go on. Dia mesti mulakan kehidupan baru di sini macam mana aku setahun yang dulu.........

Memang agak susah nak sesuaikan diri........Tapi, insyaallah masa akan merubah segalanya. Doakan yang terbaik untuk kami di sini ye..........:)

Ahad, 28 November 2010

HUJAN DAN TONTON FILEM

Hujan kat luar buat perut rasa lapar. Asyik terperuk je dalam umah dari pagi tadi........rasa boring gak!

So, BW sambil layan Filem REMPIT kat ASTRO CITRA. Dah banyak kali aku tengok citer ni, tapi tak pernah abis! Kalau tengok mula2.....yang last tak tengok........Kalau tengok yang last.......pertengahan plak terlepas........hu3........

Itulah kelemahan aku. Tak boleh fokus lama2 tengok satu2 citer. Kecuali filem Seram atau Komedi.........Bagi je tiket free kat aku. Berpuluh2 kali pun aku sanggup tengok. ......He3.......Macam Filem2 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee!!!

JOM TENGOK NGANGKUNG ........BEST !



Kan aku penah citer yang aku ni penggemar citer2 seram. Last sekali yang aku tengok; MANTRA! Terabru ni ; semalam......aku pegi tengok NGANGKUNG plak ngan my hubby dan my princess kat TGV Cinemas, JUSCO Balakong.

Best citer nih! Tak seram sangat.....sikit2 je; SERAM KOMEDI.........

Filem ni mengisahkan 3 sahabat ; lakonan Saheizy Sam (Azim), Azad (Tasnim) dan Angah Raja Lawak (Wan). Tasnim dan Wan ni sker NGANGKUNG! Maksudnya jumpa bomoh dengan membawa barang2 lama seperti lembing lama untuk dipuja bagi mendapatkan no mborekor........*Jangan contohi perbuatan ni ye.....hu3.....*.
Azim yang pada mulanya tidak sker dengan apa yang dilakukan oleh 2 sahabatnya tu........turut terpengaruh dengan kedua2nya kerana ingin mengubah nasib kehidupan keluarganya yang agak susah. Pelbagai jenis bomoh mereka jumpa. Dan pelbagi kejadian seram dan kelakar yang berlaku.
Sehingga satu hari, berlaku kejadian yang benar2 mengubah hidup mereka.Apakah kesudahannya? Jom tengok ramai2 di panggung yang berdekatan ye......

Tak rugi tengok......memang best!

FB MENEMUKAN KAMI SEMULA

Hampir 20 tahun tak bersua muka......tapi FB berjaya 'menemukan' kami semula........

Seorang kawan lama (my ex-classmate) add aku kat FB. Chatting dengan dia tadi......mengingatkan kami pada kenangan lama di alam persekolahan yang begitu indah........:)

Sekarang masing2 dah berkeluarga dan ada kehidupan masing-masing.........Hu3.......Yang surprisenya, tak sangka dia tinggal tak jauh dari umah aku sekarang nih..........He3.......

Cuma masa je yang belum mengizinkan untuk kami bertemu........

* Rindu kawan-kawan lama masa sekolah dulu.......:(

CIPTAAN-NYA YANG TERBAIK

Apa yang Allah beri kepada kita adalah sebaik-baik pemberian Dan sebaik-baik ciptaan. Adjust le macam mana pun........Lukislah kaler apapun......Bentuklah pattern mana pun........Ciptaan Allah juga yang terbaik!

Memang kita disuruh bercantik2....berhias.......Mengikut yang sepatutnya. Bukan mengutamakan yang tidak utama.

*Pagi yang cerah dan indah......... Itulah keindahan alam ciptaan-Nya.......


REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Macam sebelum ni, kalau ada je blogger yang buat segmen yang mendatangkan kebaikan bersama ; mesti aku JOIN! Lagi2 kalau segmen yang syarat2nya tak terlalu susah......hu3.....

Kali ni segmen REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI. First step wat entry bertajuk macam kat atas. Then redah atau baca mana2 entry ben dan pilih 5 entry nya yang kita suka dan sertakan linknya sekali. So 5 entry itu macam kat bawah ni:-

  1. Blogger tak perlu menyorok..setuju!
  2. Sampai bila-bila takkan cukup..
  3. Cerita apa yang patut diceritakan di dalam blog?
  4. Nak tackle FOLLOWER?
  5. Bila lihat mereka yang popular tu..

Pas tu pilih 5 entry dari blog kita sendiri yang kita rasa berbaloi2 untuk dibaca oleh pengunjung blog kita nanti. So aku pun pilih punya pilih......jumpalah 5 entry nih.........*Bukan perasan lebey anggap entry sendiri best ek........tapi syarat segmen ni mmg dah macam gitu*hu3.....

  1. Dedikasi Terindah Buat Bonda SITI...
  2. Pokok Misteri..
  3. Kerja ; SUKA VS TAK SUKA
  4. Entry Bergambar Dan Entry Tanpa Gambar
  5. Bukan Senang Nak Senang ;Tak Susah nak Jadi Susah !

Last step , tinggalkan url entry kita untuk segmen ni kat sini.

Hokay......Selamat menjoinkan diri ye!

Sabtu, 27 November 2010

DUA DITEMBAK DI KHALAYAK RAMAI

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dipercayai angkara dendam, dua orang lelaki cedera selepas ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di khalayak ramai di Bandar Baru Sungai Buloh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 25 dan 28 tahun itu cedera di kaki selepas ditembak sebanyak lima das oleh suspek dari jarak dekat.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang duduk di atas sebuah kerusi di hadapan sebuah kedai pajak gadai yang telah ditutup.

Berita selanjutya di sini - Utusan

* Takut dengan jenayah yang berlaku sana sini!

MARI MENARI

Menari bagus untuk kesihatan.......Menari pun bagus untuk kecantikan tubuh badan.........Menari boleh merapatkan hubungan .......antara suami isteri ; adik beradik ; anak dan bapa........

Teringin nak menari. Seronok tengok orang pandai menari........:)

* Tengah layan Program Mari Menari di ASTRO RIA.........My princess yang minat . Aku??? Layan jelah.......he3......

BLOG PILIHAN MALAYSIA - UNDIAN SUDAH DIBUKA

Kalau masih ingat lagi entry aku BPIM 2010 ; Senarai Undian Peringkat Pertama sebelum ni......so sekarang ni UNDIAN PERINGKAT PERTAMA DAH DIBUKA! Bermula jam 10 malam tadi sehingga jam 8 pagi 30 November nanti.

So, silalah klik kat sini dan undilah blog pilihan you alls ye. Meriahkan lagi segmen yang dibuat oleh blogger AZMAN ROSLAN nih!

P/S: Aku dah undi.....you alls bila lagi? Heh3.......*Cam iklan kat TV plak....*

LEWAT UPDATE...........SELAMAT BERSARAPAN PAGI

Pagi ni agak lewat update. Beselah waktu2 cuti.......banyak kerja nak dibuat kat rumah nih! Baru berkira2 nak on lappy.......teringat yang pinggan mangkuk kat sinki tak basuh lagi.......kain baju belum siap dimesin.......breakfast tak siapkan lagi........Hu3.......Tu yang lewat sikit tu.

Tak pelah ; utamakan yang utama kannnnnnnn. Mesti ada yang tengah breakfast sekarang ni, atau pun baru berkira2 nak masak apa atau pun tengah fikir nak bawak family makan di mana.

Apa2 pun selamat bersarapan. Dan moga2 hari ni lebih ceria okay!

Jumaat, 26 November 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

Beselah bila BW ni mesti banayak perkara2 baru yang kita jumpa. Terbaru SEGMEN SAYA SUKA BLOG AWAK LA ! yang dibuat oleh blogger otai ; ben ashaari.

Tak nak lepas peluang. Aku pun join segmen ni. Tak susah pun. Hasilnya pun positif........ (daripada feedback blogger yang dah join). Tak salah mencuba kannnnnn........

So, nak citer sikit tentang 5 blog yang aku sker baca dan mesti singgah setiapkali BW( Bukan maknanya blog2 lain aku tak sker ; sekadar menepati syarat segmen ni yang nak kita pilih 5 blog sahaja)

  1. BLOG ARDINIHUMAIRA - Aku sker sebab banyak info yang boleh aku pelajari dan dia salah seorang blogger yang agak rapat dan semacam ada satu chemistry walau kami tak pernah berjumpa
  2. BLOG SHARING IS POWER - Aku sker blog ni sebab penuh dengan info semasa dan juga tuan punya blog yang tak lokek berkongsi pendapat setiapkali diajukan pertanyaan. Agak misteri sebab aku tak pernah kenal wajahnya coz Sharinginfoz ni agak low profile.....hi3......
  3. BLOG SEKADAR BERKONGSI - Selain dari 2 blog di atas ; eelobor juga salah seorang blogger yang setia berkunjung ke blog aku dan sering meninggalkan komen. Kira mereka2 ni jadi pembakar semangat aku dalam dunia blog!
  4. BLOG BILA ARELEEZ BERBICARA TANPA SUARA - Aku sker blog 'minah' sorang ni coz dialah cifu pertama aku dalam dunia blogger dan dia juga yang banyak tolong aku tentang hal2 yang aku tak faham esp tentang Nuffnang. And one more thing.....she was my litle sista!Bila baca blog dia ; aku pun dapat tau khabar family di kampung.
  5. BLOG CITARASA RINDUAN - Aku sker blog ni sebab tuan punya blog was really gud in cooking! Dan dia juga salah seorang pengunjung setia blog aku.......
Segmen ni aku dapat tau masa BW ke blog ben tadi......

Tapi yang pastinya aku sker semua blog yang jadi follower aku atau pun yang aku sendiri follow dan semua yang pernah aku singgah sehingga ke hari ni. REALLY APPRECIATED ALL OF YOU & THANKS A LOT !!!

DAPAT BABY LAGI

Tengah ghalit menaip...tiba-tiba handphone berbunyi........Ada MMS. Pelik.....sape plak yang send MMS kat aku ..........Bila tengok nama pengirim..."Pak Andak"...........

Then bila aku view jw MMS .......nampaklah wajah comel seorang baby. Terus aku teringatkan Mak Andak aku (adik my mum).Aku ada citer tentang dia masa beraya ke Shah Alam hari tu. Rupa2 nya dia dah bersalin.

Tapi yang kelakornya, MMS tu memang semata-mata gambar je. Tak de plak Pak Andak aku citer......baby girl ke....baby boy ke........Ataupun keadaan Mak Andak aku macam mana ke......Agaknya excited sangat kot....Heh3......even ni anak ke-4 mereka. Apa2 pun tahniah untuk keduanya.

* Picture baby tu later aku upload ek.....:)

SEBELUM NI UPIN IPIN.......AKAN DATANG BOBOIBOY PULAK

ANTARA babak-babak menarik yang bakal menghiasi animasi BoBoiBoy yang bakal menemui penonton di TV3 pada Mac 2011.


WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Berita selanjutnya di sini - Utusan.


P/S: Teringat dengan my niece ; Kak Yong kat kampung yang cukup minat dengan UPIN & IPIN nih! Sampai baju pun nak beli yang ada gambar watak animasi nih!......*Tetiba......Rindu ngan Kak Yong & Odah*.....

BERAT TANGGUNGJAWAB NI!

Amanah itu satu tanggungjawab.

Tanggungjawab itu juga satu amanah.......

Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.....

Umpama kita berjanji sesuatu dengan seseorang. Jangan sampai kita dilabel sebagai mungkir janji.

Sekali mungkir.......Sukar untuk dipercayai buat kedua kali.........


* Actually nak citer, officer yang menguruskan kursus di office aku nih dah pass kat aku material untuk kegunaan masa kursus di Melaka nanti (3-6.12.2010) .Berat tanggungjawab nak simpan dan bawa benda ni.Buatnya aku lupa nak bawak.......Habis aku!

BPIM 2010 ....... CALON-CALONNYA ADALAH.......

Ha3..........macam pencalonan Anugerah Bintang popular plak....... Walaupun hari ni badan rasa lemah je...kepala pun pening ; tapi aku tetap BW. So, terbacalah tentang BPM 2010 (BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 ; Senarai Undian Peringkat Pertama......Terus badan rasa segar -bugar sekejap! Heh3.....

Tak sangka namaku DICALONKAN juga (BPIP).........Terima kasih kepada yang mencalonkan ; Gadis Kampung (sebab dia ada tinggal komen hari tu)

Tahniah juga kepada rakan2 blogger yang turut tercalon ; di antara yang yang ku kenali dan yang aku pernah ke blog mereka2 ialah......... kobEjordan, hamzah ian, imanshah, ahmad alief (BPIP) ......ben ashaari, AKU ANAK PAHANG, eelobor , Eyriqazz (BPSP)........... anastasyea, GKSB, My Litle Diary, ila haron, ardinihumaira, cikgu Dahlia , cik epal , mia (BPWP)...............kakina kl , Gadis kampung , Ayu (CITARASA RINDUAN) ,SINAR RAUDAH (BPIP).............. Dapur tanpa Sempadan , intanurulfateha.com (BTP)............. Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau (BLP)

Terima kasih sekali lagi. Sungguh meriah dunia blog kita ni ye......:)

* Tarikh undian bermula pada jam 10 malam 26 November (Jumaat) dan berakhir jam 8 pagi 30 november (Selasa)

BULAN JATUH KE RIBA

Ada yang kata PENANTIAN satu PENYIKSAAN

TAPI masih ramai yang sanggup menanti dan ternanti-nanti....

Kenapa ye? Sedangkan yang dinanti adalah suatu yang tak pasti dan yang dinanti tak kunjung2 tiba........

P/S: Tengah menanti bulan jatuh ke riba. Agak2nya boleh ke ?.....Heh3.....



GIVEAWAY KECANTIKAN #5 BY ARDINIHUMAIRA

~ LIP COLOUR MAGIC


Baru beberapa hari lepas terima hadiah untuk GA KECANTIKAN#3 ardinihumaira. Hari nak join GIVEAWAY KECANTIKAN#5 pulak. Mana tau ada rezeki lagi.....:)

Senang je nak join. Syarat2nya:-

  1. Mesti jadi follower blog dni
  2. Buat satu post menegenai entry ni. Simple pun tak pe. Tak perlu ada banner
  3. Mempunyai blog, warganegara dan beralamat di Malaysia
  4. Tinggalkan link penyertaan korang kat kotak komen entry ni
  5. Terikh tutup penyertaan adalah pada 27 November 2010 jam 10 malam

2 orang pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. Kalau penyertaan memberangsangkan, hadiah akan ditambah oleh tun punya blog. Tu yang best tu! Hu3.....

So, jom join!

LATELY .......

Lately.....aku selalu pening kepala.....rasa nak pitam.....then bila jadi macam tu jalan pun rasa macam melayang2 je.......... Tengkuk pun selalu sakit.

Aku risau juga dengan keadaan ni. Dalam 2-3 mingu ni lagi terasa sangat. Tapi aku ada buat ujian tekanan darah baru-baru ni ; Normal je. Berat badan pun macam biasa.Tak taulah kenapa. May be faktor cuaca yang agak panas sekarang ni ; walaupun kadang 2 hujan!

Kat tempat korang panas tak?Apa2 pun selamat pagi dan selamat menjalankan tugas untuk semua ye......:)

P/S: Hari ni dah Jumaat. Best ; waktu keja singkat dan esok dah cuti! Yeay2!!!

Khamis, 25 November 2010

TERSENGGUK-SENGGUK.....DIALOG BULAN NOVEMBER 2010

Sekarang ni aku mesti tengah berada dalam Dialog Bulanan untuk November 2010 ( auto post entry .....). Memang every month diadakan dialog cam gini.

Kepala sakit buat aku rasa tak selesa (sejak pagi lagi.....may be sebab tido lewat). So, semestinya aku akan duduk kat barisan belakang2 sekali. Dan pastinya aku akan tersenguk2 nanti.

Boss bagi ucapan....aku mengiyakan je. Ha3......dah tu asyik mengangguk je ; mengantuk! So, petang ni pun tak dapat lah nak BW.........Harap kengkawan mengerti ya.......:)

JANGAN PENING-PENING..... LUNCH NI NAK MAKAN APA YE

Kalau citer tentang nak puaskan hati orang lain ni.....memang banyak yang tak puas hati! Buat sakit hati lagi ada........

So, kesimpulannya.....jadi je diri sendiri. Tak payah pening2 kepala fikirkan hati orang lain sangat. Ayat "ada aku kisah".....kadang2 boleh juga dipraktikkan ; bergantung pada keadaan kannnnnnn........

Tanya hati......Nak bahagia ke tak? Mesti tak de hati yang kata nak derita. Jadi jangan sesakkan kepala fikirkan pasal orang lain sangat. Fikirkan hati sendiri juga.....:)

P/S: Semalam my hubby siapkan lunch...Hari ni nak makan apa. My hubby koje!..........Waaaaaaaaaaa!!!


KALAU DAH TAK DE CHEMISTRY.....

Chemistry atau keserasian memang penting dalam perhubungan.......

Pernah tak rasa frust atau fedup bila kita cuba nak close dengan seseorang....sama ada jadi sahabat atau kekasih.....walau dah pelbagai cara dicuba, tapi tak berjaya juga. Perhubungan tu tetap macam tu juga........Longgar dan tidak begitu mesra.....

Mungkin itulah yang dikatakan tiada chemistry atau keserasian. Kalau ada chemistry....tak perlu buat macam2 perkara ; gerak hati pun dah cukup untuk menyuburkan lagi sesuatu perhubungan tu......

NIKMAT YANG DITARIK

Berharganya sebuah kenikmatan sekiranya kita tahu menghargainya. Salah satunya nikmat sihat. Kalau dah sakit ; tak sihat......banyak perkara tak dapat kita buat!Nak buat kerja susah....nak makan pun tak selera.

Baru sedikit nikmat yang ditarik ; tapi banyak perkara yang terjejas. Hagailah nikmat2 yang telah dikurniakan-Nya sebaik mungkin dengan bersyukur sentiasa........

P/S: Mudah2an seorang sahabat yang sentiasa berulang -alik ke hospital untuk rawatan penyakit kencing manisnya akan terus kuat dan tabah dengan ujian ini!

HIDUP INI HANYA PINJAMAN .....AISHAH KENANGAN TERINDAH

Sesungguhnya hidup ini hanya pinjaman dari-Nya. Nyawa kita bila2 masa boleh diambil semula. Rasa sebak......sayu dan insaf bila terbaca berita pemergian salah seorang blogger ; AISHAH yang memiliki bayi kembar 3. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 22.11.2010 yang lalu kerana terjatuh di bilik air.

Aku pernah juga menjengah ke blog aruah. Sker tengok wajah2 comel bayi kembar aruah . Tak sangka sungguh dengan berita ni.

Al-Fatihah untuk aruah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin......

P/S: Terus aku terkenangkan orang2 yang tersayang. Ya Allah panjangkan lah usia ku dan lindungi lah diriku dan orang2 di sekeliling ku semuanya. Amin....

CERIAKAN HARIMU !

Selamat pagi semua. Ceria2kan pagi ni untuk kita sama2 memulakan pekerjaan kita!

"Mari kita sama berniat pekerjaan yang kita lakukan ini sebagai ibadah ; dan mudah2an Allah memberikan ganjaran kepada kita semua...amin" (Sepertimana isi kandungan doa yang dibacakan oleh ustaz bertugas pagi ni di office aku)

Alhamdulillah juga, coz permohonan pertukaran sekolah my princess dah diluluskan oleh pihak PPD semalam. Puas hati dengan cara kerja mereka yang pantas! Syabas!!!

P/S: Petang ni dialog bulanan untuk November 2010. Kena atend nih......:)

Rabu, 24 November 2010

KUATNYA SUARA BERCAKAP ......

Pernah tak kat mana2 tempat awam ....macam kat dalam bas ke.....kat taman ke.......kat pasar raya ke........terdengar orang bercakap menggunakan telefon sikit punya kuat!

Sampai kita boleh dengar setiap apa yang dicakapkan......Kita yang orang luar ni pun boleh tau apa yang dibincangkan. Kadang2 rasa kelakar pun ada........Meluat pun ada.........

Tapi mereka2 yang bersikap macam tu , tak perasan ke atau memang dah terbiasa? Entahlah.......masing2 punya cara kannnnnnn......

DAPAT HADIAH LAGI !

Hari ni aku dapat hadia lagi. Hadiah dari dni (ardinihumaira) sebab join GA KECANTIKAN#3 hari tu!

Time kasih dni. Time kasih daun keladi tau.....kalau ada tu, nak le lagi........:)

* Tengah sibuk menaip ni......gatal plak kaki aku ni kena gigit nyamuk. Apasal ada nyamuk plak nih.........Hadoiyaiiiiiiii! Kena bawak Ridsect nih.......

BERSERABUT!........BAYANGKAN MENU LUNCH HARI NI ......

Bila dah banyak perkara nak fikir......banyak hal nak buat = jadi berserabut fikiran !

So, tolak tepi semua tu.......lupakan seketika.....pejamkan mata......tarik nafas........hembus perlahan2........... *Rehat sebentar*.....

Tetiba aku nampak menu untuk lunch hari nih....ha3......* my hubby yang masak*........tak tau apa lagi menunya.........

Sekarang fikiran dah relax sikit.....Jom sambung kerja!

URUSAN KE PPD ....SEKOLAH BARU MY PRINCESS

Baru lepas call Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah baru yang aku pilih untuk daftarkan my princess. Banyak gak urusannya. Petang ni dah mintak permission nak kuar coz nak uruskan hal tu!

Memang kenalah ikut prosedur ye tak? Takkan nak jalan pintas je. Bukan senang nak senang. Mudah2 permohonan ni diluluskan sebagaimana yang dirancang.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk my princess ek!

P/S: So petang ni sesi BW terpaksa di hentikan sehingga tuan punya blog selesai segala urusan ye.....:)

TAKKAN NAK SENYUM DAN SENGIH TAK BERTEMPAT .......

Cukup tak suka bila ada yang menegur......."Serius je muka.....senyumle sikit"

Memang le aku frontliner. Tapi takkan bila aku tengah mengadap komputer wat kerja pun aku nak sengihkan juga mulut aku nih! Takkan aku nak bukak mulut aku besor2 tunjuk gigi plak ketawa berdekah2! Dan takkan aku nak senyum2 kambing all the time!!! Huh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hape la punya statement. Senyum mestilah bertempat. Nanti dikata orang giler plak.........

Bior le, malas nak layan. Hati orang ni bukan boleh nak diambik kira semua. Hati kita pun nak jaga juga.....:)

CIPTAAN TUHAN YANG MENDAMAIKAN !

~ Air yang dingin......

~ Alam yang menghijau......





~ Tasik yang mendamaikan......

* TIADA YANG TERINDAH MELAINKAN CIPTAAN TUHAN.............SUBHANALLAH!

SABARLAH WAHAI PEMANDU.....KES DERA LAGI

Sikap tak sabar tak bawak untung pun. Paling teruk buat orang menyampah je. Ni tentang sikap tak sabar sorang pemandu yang aku jumpa pagi ni. Tak sabar2 nak potong keta aku. Macam lah jalan raya tu tempat dia sorang2.

Jalan tu sempit, dah tu ada simpang pulak kat depan. Aku ni ingat lagi apa yang aku belajar masa kat sekolah memandu dulu...........Agaknya dia dah hilang ingatan kot! Biorle dia dengan sikap angkuhnya terus kannnnnnnn.......

Malas nak fikir orang 'ego' cam gitu. Dah bese jumpa pemandu yang tak berhemah nih!Baik layan Utusan online.......Sedih baca berita tentang 2 beradik didera kekasih ibu mereka ; dicucuh dengan rokok sejak hampir setahun lalu. Sampai hatinya manusia berkelakuan kejam macam tu! Nak tau kisahnya, baca di sini - Utusan

* Kadang2 cinta membuat hati jadi buta!!!

Selasa, 23 November 2010

BERKAWAN DAN BERKASIH

Berkawan biar beribu.......

Berkasih biar satu......

TAPI........

Kalau yang dikasihi tu pergi atau curang pada kita........

Nak tak nak.......kene le cari kekasih baru........heh3.........

Betul ke cam gitu???

* Saje nak santai2 kan minda....May be ada yang baru lepas dinner atau balik keja..........Salam untuk korang ye.....:)

MAIN BADMINTON WAKTU TENGAHARI !

Tadi pukul 1.50 pm....masa on the way nak masuk ke office semula, aku ternampak beberapa orang kanak2 bermain di taman permainan dekat2 dengan rumah aku. Panas terik macam tu pun diaorang belasah main kat taman . Ada gak yang main badminton!

Tapi tak boleh nak salahkan budak2 tu....may be boring sejak pagi asyik terperuk je dalam rumah kannnnnnn. Boring la tu.....hu3.......

P/S: Kesian kat anak2 yang terpaksa ditinggalkan di rumah semasa ibubapa keluar bekerja. ...(DAH TANGGUNGJAWAB KANNNNNN) Kenalah spend time dengan diaorang bila ada masa terluang ye....:)

BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 (BPM 2010)

Sape yg tak suka penghargaan kannnnnnn....Aku pun teringin gak....hi3........Bagus juga idea rakan blogger kita ni AZMAN ROSLAN dalam usahanya untuk melibatkan semua blogger2 di Malaysia nih......

Selain dari penghargaan......yang penting boleh dalam menambahkan lagi kenalan dan networking dunia blogging nih!

Segmen ni dinamakan BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 (BPM 2010). Untuk keterangan lebih lanjut boleh klik di sini.

* Bukan penghargaan yang penting....tapi saling bekerjasama dan berkongsi ilmu dalam dunia blogger nih.........Penghargaan satu bonus kannnnnnnnn....:)

CALON SPM MENINGAL DUNIA KERANA SESAK NAFAS KETIKA HENDAK DUDUKI PEPERIKSAAN

* Dengar berita ni masa drive balik dari lunch tadi. Kesian, Al-Fatihah untuk aruah. Mudah2an keluarganya tabah dengan ujian ini.


MUAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika hendak menduduki peperiksaan di Sekolah Menegah Kebangsaan Ledang, Tangkak, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, pelajar terbabit tiba-tiba sesak nafas ketika ketua pengawas peperiksaan memberi taklimat.

Beliau disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.

Sumber : Berita Harian

BUKAN....BUKAN.....BUKAN........TAPI.........

Bukan MENGALAH tapi BERALAH.......

Bukan MENGUNDUR tapi BERUNDUR......

Bukan MENYIBUK tapi MEMANG SIBUK.......

Bukan MENGATA tapi BERKATA-KATA.......

Bukan SENGAJA tapi BERSAHAJA.........

Sesungguhnya perkataan yang lebih kurang sama bunyinya.....tapi berlainan maksudnya.....


KE SUNGAI GABAI LAGI

Ni kali ketiga aku ke Air Terjun Sungai Gabai. Ni pun sebab plan ke Sungai Tekala yang tak berapa menjadi......

Sambil lunch tu korang layan jelah picture2 ni ye.....:)

~ Abaikan selipar burukku itu....ha3....




~ Ada air terjun....Best!

~ Kena hati2, coz batu2 yang licin!

~ Posing dulu sebelum balik......

So, camne? Ada yang berminat nak ke sana???

SYUKUR.......SERONOKNYA

Alhamdulillah, syukur. Hati berbunga2 gumbira. Kalau berterusan macam ni bagusnya.......... Seronok tak terkata nih ; semangat pun makin baertambah2 lagi lepas ni.......

* THANKS A LOT SEMUA YE......:)

LOKASI LUAR NEGARA KELAINAN "AWAN DANIA 3"

Aku sker tengok siri AWAN DANIA . Mengisahkan tentang kehidupan pramugari dan cabaran2 yang mereka hadapi dalam kerjaya, persahabatan, percintaan dan keluarga. Paling best lakonan slumber Scha Al-Yahya. Dah masuk musim ke-3 dah pun. Khabarnya , 70 peratus lokasinya adalah di luar negara. Untuk dapatkan kelainan!

Scha Al-Yahya peneraju Awan Dania Musim ke 3 - Credit to mStar

PERTH: Pengarah drama Awan Dania musim ke 3, Dinesh Samby, 31, menjanjikan kelainan kepada penonton apabila drama tersebut menemui penonton setiap Isnin bermula 22 November (semalam).

Drama bersiri itu ke udara pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Menurutnya, musim ke-3 ini bukan sahaja tampil kelainan dengan memaparkan 70 peratus lokasi di luar negara malah turut melakukan beberapa pembaharuan.

Cerita selanjutnya di sini - mStar

AKU GUNA BAHASA ISYARAT BOLEH?

Pernah dengar 'body language' tak? Atau 'bahasa badan' dalam Bahasa Melayunya. Atau pun bahasa isyarat.....heh3....*sama ke?*..........Tak kisahlah, cuma kalau untuk seketika ni aku nak guna bahasa2 ni sume boleh tak?

Ramai kengkawan tegur....ajak minumlah, tanya sihat ke tak, dah minum ke belum, lama tak nampak......tapi aku malas nak menjawab, sebab ULCER masih bermaharajalela!!! Hadoiyaiiiiii!!!!!!!!!!

So, boleh ke tak nih?

PRESSIE FOR MY SIFU ........


Just nak citer yang pressie ni khas untuk seseorang yang bergelar SIFU kepada aku dalam blogger's world nih. Becoz of her ( ayat mengampu nih......heh3....), aku terpanggil nak wat blog sendiri. Dan dia banyak tolong aku hal2 yang aku tak berapa tau (Memang tak tau pun....hu3....) esp bab2 yang kait-mengait dengan Nuffnang.......

Dialah my Litle Sista ; Areleez. Kalau dulu aku sker baca blog dia. Coz aku dok jauh dari family, so bila baca blog dia taule aku serba sikit tentang khabar family kat kampung tu.......

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

Tat ta raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

~ Purse kaler purpel untuk minah sorang ni. Aku pilih purple coz dia sker kaler purple!!!

P/S: Aku dah bagi kat dia masa balik kampung hari raya haji baru2 ni......:)

INDANYA SENARIO PAGI HARI

Pagi adalah suatu masa yang agak kelam kabut kalau tak dirancang betul2 aktiviti yang nak dilakukan. Dengan nak kejar masa mandi, bersiap , jemur kain baju, hantar anak ke rumah pengasuh dan berkejar ke tempat kerja!

Kalau lelakinya boleh digelar Superman dan wanitanya dipanggil Superwoman...sebab banyak perkara yang nak dibuat dalam satu2 masa...........Memang penat!

Tapi itulah indahnya senario di waktu pagi. Itulah juga yang menandakan hari baru dah muncul kembali......:)

* SELAMAT PAGI KENGKAWAN SUME!!!

Isnin, 22 November 2010

WARGA ASING TETAK 2 BERANAK

* Takutnya aku baca berita ni.......


MANJUNG 21 Nov. - Dua beranak parah selepas ditetak dengan parang oleh tiga penjenayah dipercayai warga asing yang merompak empat telefon bimbit dari rumah mereka di Kampung Matang Acheh, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, cedera di kaki dan kepala manakala anak lelakinya, Saiful, 25, cedera di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, ketika kejadian, Che Omar, isterinya, Fatimah Dali, 48, dan enam ahli keluarganya termasuk Saiful sedang nyenyak tidur.

Katanya, seorang daripada tiga penjenayah berkenaan dikatakan masuk ke dalam rumah tersebut melalui salah satu tingkap dapur yang diumpil dari luar dan kemudian membuka pintu depan supaya dua lagi rakannya dapat masuk.

Berita selanjutnya di sini - Utusan

3 MAUT NAHAS BAS EKSPRESS - TRELER !

SIBU 22 Nov. – Tiga maut manakala sembilan lagi cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori treler di Kilometer 72, Jalan Sibu-Bintulu di sini petang semalam.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.35 petang itu ialah pemandu kedua bas ekspres, Gelayan Tang, 38, dan dua penumpang bas iaitu Wong Hia Hong, 73, dan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Halimah Esmawi, 27.

Pemandu bas, iaitu Robin Janggie, 34, cedera parah apabila kakinya patah manakala selebih mangsa kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sibu. – Utusan

* Cerita sedih di saat kita masih meraikan Aidil Adha yang baru je disambut minggu lepas.......

CUTI SEKOLAH....OFFICE PUN LENGANG!

Sekarang musim cuti sekolah. Ofiice pun lengang je. Ramai satff yang masih besrcuti dan ada juga yang baru memulakan cuti. Yelah nak bawak anak2 jalan2 kannnnnn......

Budak2 ni boring juga kalau asyik ditinggalkan kat umah je ; Bila tiba cuti sekolah kena spend time gak dengan diaorang ni......

Tak kisah lah ke mana pun, janji dapat meraikan anak2 ni. Asal mereka tau yang kita sebagai parents ni memang sayang dan prihatin dengan perasaan mereka ( Ha3...aku dah mula membebel macam penceramah pulak...)

Sebenranya tengah berkira-kira nak bawak my princess ke mana pun tak tau lagi. Sabtu lepas dah ke Sungai Tekala & Sungai Gabai.........Lagi nak ke mana ek? ( Asyik nak jalan2 je.....heh3....)

APA KORANG RASA KALAU.......

Apa perasaan korang kalau kita bertanya sesuatu pada seseorang....tapi dia menjawab acuh tak acuh. Pandang muka kita pun tidak. Sedangkan, kita bertanya dengan cara yang baik.........

P/S: Rasa geram dengan seorang 'hamba Allah' ni yang bersikap macam tu.....:(

AIR HUJAN DAN SAKIT KEPALA.......

Musim hujan sekarang ni. Aku allergik dengan air hujan ni. Kalau kena sikit pun mesti sakit kepala...even aku pakai tudung waktu tu.........Mesti nak kena telan Panadol 2 biji baru okay......

Tapi betul ke air hujan penyebab sakit kepala? Ada sape2 nak share apa yang you alls tau dengan aku. Tapi memang air hujan mengandungi asid kan. Agaknya tu yang buat boleh sakit kepala kot......

LUNCH....SEBAGAI MEMENUHI PERMINTAAN .......

~ Semalam, sebagai memenuhi permintaan my princess yang dah banyak kali mintak aku masakkan Ketam masak Lemak Cili Api........aku pun masakkan lah. So sebagai menu tambahan....Tengok je kat bawah ni ye. Kalau ada sesape berminat dengan resepi Ketam Masak Lemak ni, bolehle klik je kat sini.

~ Menu tambahan.......Kangkung goreng dengan udang kering, ikan goreng, telur dadar (my hubby yang request...he3....) dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. (Ha3...Camne buah limau boleh terselit kat situ ek? Abaikan je lah ye......:)

P/S: Selamat menjamu selera untuk kengkawan sume ye tengahhari ni.........:)

MY JOURNEY TO HUTAN REKREASI SUNGAI TEKALA

Macam aku citer sebelum ni. Last Saturday (20.11.2010) aku, my hubby & my princess ke Sungai Tekala. Saja nak cuba mandi kat situ pulak. tapi at last plan bertukar ..........Layan je lah gambar2 yang sempat aku amik kat Sungai tekala nih.......

HUTAN REKREASI SUNGAI TEKALA

~ Tuan tanah yang mata tak tahan dek silauan mentari...Tu yang x leh nak senyum tu.....Hu3......

~ BayaraN masuk yang berpatutan....:)
Aku , my hubby dan my princess betul2 bayar untuk masuk je dan jalan2 sekejap amik gambar. tak jadi mandi coz my hubby nak air terjun macam kat Sg Gabai tu juga! hu3......



~ Jambatan yang dibina sebagai salah satu landskap di situ.....



~ Air yang agak cetek ; lebih sesuai untuk family yang bawak anak2 kecil!


~ Airnya memang jernih!


* Kalau sesape yang nak cari ilham tu....boleh ke sini coz mendamaikan sesangat!

DIAMKU BERSEBAB........

Bukannya aku sombong

Bukannya aku sengaja nak mendiamkan diri

Bukannya aku dah berubah sikap

Bukannya aku dah bosan dengan kengkawan yang ada di sekeliling aku

Bukan juga aku nak jadi Perempuan Melayu Terakhir ......Yang bercakap bila perlu je.......hu3......

TAPI........

Kerana mulutku yang tengah ULCER ni........

Aku terpaksa buat semua tu !!! Hadoiyai!!!!!!!!!!!!!!!!

P/S: Bilalah nak baik ulcer ni. Dah sapu ubat. Dah tenyeh garam ......masih gak 'stay' kat mulut aku ni....hu3.....

ZAMAN SPM ........

Minggu exam untuk pelajar2 SPM & STPM (Sepertimana yang aku dengar pagi tadi dalam radio...). Mengingatkan aku pada zaman menduduki SPM 16 tahun dulu.........

Memang nervous saat melangkahkan kaki kali pertama ke dewan peperiksaan. Kalau boleh semua doa nak dibaca masa tu. Ada yang 2-3 kali keluar masuk tandas ! Ha3.......Tapi itu bukan aku hokay.......

Nervous punya pasal sampai ada satu hari tu aku termimpi yang aku terlewat masuk ke dewan peperiksaan! Rupa2nya aku tertido di beranda rumah ..........Hu3...........

Tapi kenangan tu dah lama berlalu. Untuk semua yang menduduki peperiksaan atau ujian.....Semoga berjaya dengan cemerlang!

* Harap2 ujian dalam kehidupan pun dapat kita atasi dengan cemerlang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs