UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Bahaya Demam Denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahaya Demam Denggi. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2011

AKU DEMAM … ?

Sakit2 badan ni dah beberapa hari dah. Bila malam je badan rasa panas. Malam tadi lepas Maghrib aku terus ‘pengsan’ tido sampai ke Subuh. Bsadan sakit tak lalu nak buat apa pun.

Datang keja..kat office plak ada member yang tak sihat. Yang sorang lagi selsema….Ada yang anak baru je keluar wad coz kena Denggi…Seriau plak aku dengar Denggi ni.. Mintak dijauhkan le dari Denggi nih..:(

Tapi simptom2 yang aku rasa sekarang ni merisaukan aku….Adakah aku demam? Memang aku susah nak demam ; kalau pening2 tu bese lah. Lepas makan ubat…okay le. Demam yang lama memang dah lama tak kena. Risau juga….

Selasa, 30 November 2010

MACAM DENGGI JE.....

Makin menjadi2 sekarang ni Demam Denggi. Hari ni sorang lagi officemate aku MC. Simptom2 yang ditunjukkan ; sakit2 sendi, badan panas, sakit kepala.........

Risau aku dengan situasi nih. Kesian gak dengan member tu. Harap2 dia bukan kena Denggi......

* Hargai kesihatan yang diberi.....:)

Isnin, 29 November 2010

TIGA LAGI KORBAN DENGGI MINGGU INI

GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.

"Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.


*Sumber : KOSMO


* Kesian dengan sorang officemate yang tak sihat hari ni. Bila jumpa doktor ; suspek Denggi! Mudah2an dia akan segera sembuh ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs