UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Pemandu tidak berhemah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemandu tidak berhemah. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

HUJAN LEBAT .. BARU SAMPAI RUMAH

Hujan lebat petang ni. Aku memang cuak nak drive kalau hujan lebat nih dan kebetulan ada kerja last minute yang perlu disiapkan kat office tadi...... Ni baru je sampai di rumah. Masih hujan lagi kat luar tu. Kesiann dengan kawan2 yang naik motor ; tak dapat nak balik lagi. Tunggu hujan reda baru boleh balik..

Bahaya memandu hujan2 lebat nih. Tadi ada satu kereta dengan pemandu yang memang tak de kesedaran sivik langsung ( agaknya masa sekolah tak belajor kot...huh!). Punya lah laju potong keta aku sampai air lopak yang dia langgar terpercik ke cermin depan keta aku. Habis lah aku tak nampak apa ada kat depan.

Nasib baik aku tak follow moto kat depan aku dekat sangat......Kalau tak; macam2 boleh jadi. Memang bahaya memandu hujan lebat nih ; lagi2 kalau terjumpa pemandu yang macam gitu !

Rabu, 24 November 2010

SABARLAH WAHAI PEMANDU.....KES DERA LAGI

Sikap tak sabar tak bawak untung pun. Paling teruk buat orang menyampah je. Ni tentang sikap tak sabar sorang pemandu yang aku jumpa pagi ni. Tak sabar2 nak potong keta aku. Macam lah jalan raya tu tempat dia sorang2.

Jalan tu sempit, dah tu ada simpang pulak kat depan. Aku ni ingat lagi apa yang aku belajar masa kat sekolah memandu dulu...........Agaknya dia dah hilang ingatan kot! Biorle dia dengan sikap angkuhnya terus kannnnnnnn.......

Malas nak fikir orang 'ego' cam gitu. Dah bese jumpa pemandu yang tak berhemah nih!Baik layan Utusan online.......Sedih baca berita tentang 2 beradik didera kekasih ibu mereka ; dicucuh dengan rokok sejak hampir setahun lalu. Sampai hatinya manusia berkelakuan kejam macam tu! Nak tau kisahnya, baca di sini - Utusan

* Kadang2 cinta membuat hati jadi buta!!!

Khamis, 14 Oktober 2010

PEMANDU TIDAK BERHEMAH

Sebelum ni aku selalu terbaca dalam suratkhabar, blog kengkawan tentang sikap sesetengah pemandu kita yang kurang berhemah atau dengan kata lainnya.....ikut sker dia je bawak keta/motorsikal.

Dalam 2-3 hari ni aku plak selalu 'terserempak' dengan pemandu2 yang cam gini. Walaupon tak ramai.......tapi dah cukup membuatkan darah aku naik tinggi melangit. Sib baik boleh turun balik!!!

Bukan pe.......sker2 je kat jalanraya tu......nak masuk simpang tak bagi signal, bagi signal arah yang salah, bawak keta pelan sangat coz sambil cakap2 guna handphone dan macam2 lagilah. Tapi yang paling banyak bab tak bagi signal tuh!

Kita plak yang dok fikir dan tunggu.........dia ni nak terus ke nak corner? Yelah kalo kita redah je.....takut lain plak jadinya! Macam2 kerenah manusia ni sampai menyusahkan orang lain!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

MEMANG TAK BERHEMAH LANGSUNG!

Ni saje nak lepas geram dengan sikap pemandu yang memang tak berhemah langsung! Tadi masa on the way nak masuk office lepas waktu rehat...kat simpang menuju office aku......Dari jauh lagi aku nampak lah satu kete ni.......ya hamat lah laju ! So, aku pon stop lah nak bagi laluan kat dia........
Yang buat aku bengang, bila dia sampai je kat simpang tu terus belok ke kiri....Tapi mula2 tu punye lah laju macam kejor sesuatu. Tau2 belok gitu jerk tanpa bagi signal! Hangin betol aku......
Yang paling tak logik....kete tu milik orang yang bertanggungjawab terhadap undang2....Malas lah nak cakap sape, korang fikir sendirk jelah....Tu lagi buat aku bengang tahap tak tau nak level dah macam mana......Huh!!!!!!!!
p/s: Susah nak tarbiah orang yang 'jenis' cam gitu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs