UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2011

ADA KURSUS PERAGAWATI ???



Office aku ada anjurkan satu kursus untuk peragawan dan peragawati.....Ha3...jangan suspen plak bukan untuk peragawan dan peragawati yang dah popular tu ; tapi nak mencari model yang berbakat untuk memperagakan produk jabatan.....He3...

Best gak kan jadi model a.k.a peragawati nih. Rasa terminat je nak cuba.....tapi...kejap2.......Cuba tengok syarat2 nya dulu. Part pinggang tu memang gerenti 101% lepas...lulus dengan cemerlang.....perwatakan tu plak boleh je di groomingkan....Sekarang macam2 jenis cara make up ada....boleh saje nampak menarik.....

~ Dah sah2 aku FAIL part ketinggian ni................ha3............

Tapi part ketinggian tu....gerenti fail punyalah. Merayu lah camane pon. Gerenti tak lepas. Sebab aku perlukan heel yang setinggi 10 inci lebih untuk melepasi syarat tu....Korang ada? Aku nak pinjam..heh3.....


P/S: Dah ditakdirkan bukan peragawati bidang aku....hu3....

Isnin, 7 Februari 2011

LAGI 3 HARI .. KE LANGKAWI

Lagi 3 hari je lagi.. aku akan berkursus ke Langkawi. Kursus bermula pada 11/2/2011 dan berakhir pada 13/2/2011. So pada 14/2/2011 aku and the geng akan bertolak balik ke sini. Insyaallah aaku akn bertolak hari Khamis ni ; 10/2/2011 pukul 9 malam dengan menaiki bas. Peserta kursus kali ini agak ramai ; 80 orang. 40 orang terdiri dari kakitangan sendiri dan 40 0rang lagi suami/isteri/anak2 kakitangan yang terlibat.

Aku? Aku...beselah ..lone ranger. Mustahillah nak bawak my princess and my hubby coz masing2 ada urusan. My hubby keja ; susah juga nak cuti. sampai berhari2..dan my princess sekolah. Takkan nak senang2 amik cuti. Lagipun kursus ni bukan pihak sekolah yang organised.

Kursus kali ini bertemakan Keibubapaan dan Anak Remaja. Bagaimana untuk menangani dan memahami kerenah anak2 remaja. Di samping memahami kepentingan hubungan baik di antara suami isteri untuk kecemerlangan anak2 ini.Means di sana nanti akan ada dua sesi. Satu untuk ibubapa dan satu lagi untuk anak remaja. Itu sebab ada yang pegi dengan suami/isteri /anak masing2.

Dan bila dah namanya berkursus tu.....blog ni akan 'sepi' untuk sementara waktu, sebab aku tak dapat nak update selalu. Kalau ada pon may be Auto-publish entry...*itu pon kalau sempat nak buat 2-3 hari ni...heh3...*

Plan asal nak bawak laptop...tapi fikir2 balik, dengan perjalanan yang jauh ; 7-8 jam. Nak singgah solat lagi then naik feri lagi dan nak usung beg sorang2 (lain lah hari tu pegi Langkawi my hubby tolong bawakkan), so rasanya tak jadilah nak bawak laptop. Kalau pegi bawak keta sendiri tak pe juga. Boleh bersenang-lenang dalam kereta....hu3....


P/S: Sape2 blogger yang ada kat Langkawi boleh kita bersua muka ye.....*itu pon kalau cukup masa...*

Rabu, 8 Disember 2010

DI TEPI PANTAI YANG INDAH

Ha3.........macam lirik lagu plak tajuk entry aku nih!Actually saje nak kongsi masa hari ke-3 kursus (hari last), we alls sempat ke tepi pantai untuk aktiviti santai. Ingatkan dapatlah lama2 kat pantai tu.........

Tapi tetiba hujan turun. So, jurulatih pun arahkan we alls gerak semula. Takut juga ada yang demam nanti. Tapi sempatlah aku amik 2 keping gambar masa kat situ. Majoriti kawan2 yang ada kat dalam gambar tu sume sama intake dengan aku....... Dan aku adalah yang KIRI SEKALI......Heh3.......(saje kenalkan diri sendiri.....)


P/S:Teringat2 kenangan masa mula2 lapor diri di INTURA , Sg Petani setahun 1/2 yang lalu......Pntasnya masa berlalu kannnnnn.....Alhamdulillah aku pun dah disahkan dalam perkhidmatan...)

Jumaat, 3 Disember 2010

KURSUS BELUM MULA........TERASA LAMANYA MASA BELALU


~ Me & my officemate........dalam keta pun sempat berfotogediks lagi....:)

Saje nak tepek gambor aku dan officemate yang attend course yang sama dari 3-6.12.2010 ni kat Tanjung Keling Melaka.......

Kali ni rasa berat hati je nak pegi kursus. Selalunya seronok.........May be dah hujung2 tahun ni, mood berkursus pun dah makin kurang......:(

* Menghitung hari ..........

DAH SAMPAI.....DAFTAR DAN REHATKAN DIRI

Sampai jam 1.35 t.hari tadi. Terus daftar dan masuk ke bilik. Sekarang tengah rehat2 sambil update blog. Kebetulan aku dapat bilik yang tak de partner. Actually peserta kursus ditempatkan dalam sebuah hostel yang ada 3 bilik.

Masa aku dan member aku lagi 2 orang sampai tadi 1 bilik dah diisi. Tinggal 2 bilik je. Kebetulan 2 orang member aku ni takut nak dok bilik yang tak de partner ni ; 1 katil je. So aku mengalah lah. Bukan nak kata berani sangat.........Tapi sebab dah bese.

Sekarang ni member aku yang 2 orang tu tengah lena dibuai mimpi....Hi3......Biarlah , penat agaknya. 2 orang lagi peserta kursus kat bilik sebelah tak sempat berkenalan lagi. Masing2 tengah merehatkan diri......Malas nak kacau......Nanti2 adalah masa tu......:)

P/S: Agaknya bagus gak aku dok sorang2 kat bilik ni. At least boleh aku update blog dan BW tanpa gangguan dan mengganggu sesapa.......

Jumaat, 26 November 2010

BERAT TANGGUNGJAWAB NI!

Amanah itu satu tanggungjawab.

Tanggungjawab itu juga satu amanah.......

Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.....

Umpama kita berjanji sesuatu dengan seseorang. Jangan sampai kita dilabel sebagai mungkir janji.

Sekali mungkir.......Sukar untuk dipercayai buat kedua kali.........


* Actually nak citer, officer yang menguruskan kursus di office aku nih dah pass kat aku material untuk kegunaan masa kursus di Melaka nanti (3-6.12.2010) .Berat tanggungjawab nak simpan dan bawa benda ni.Buatnya aku lupa nak bawak.......Habis aku!

Selasa, 2 November 2010

LOG LATIHAN

Dah hujung2 tahun ni, banyak plak perkara2 last minute yang nak disiapkan. Salah satunya menenai Log Latihan. Baru je tadi dapat arahan dari my officer supaya updatekan Log Latihan dan serahkan kepada beliau pada 3 hb untuk setiap bulan!

Log Latihan merekodkan kursus2, seminar ataupun dialog2 bulanan yang dihadiri oleh kakitangan. Setiap sorang ada sebuah Log Latihan. Untuk this year aku pun dah completekan 7 hari berkursus yang diwajibkan untuk setiap kakitangan tu! Tinggal nak merekodkan ke dalam Log Latihan je.

* Jenuh plak aku nak recall semula kursus2 dan seminar yang aku attend sebelum ni.....hadoiyaiiiiii!!!

Isnin, 25 Oktober 2010

KURSUS…..ADA YANG SKER, ADA YANG TAK SKER

Talking about course……hmmmmmmm, beselah ada yang sker, dan ada yang tak sker. Korang sker tak???

For me, course is gud. Gud for our knowledge …..Gud for our carrier…….And gud for a lot ofthings! Tapi ini just pendapat aku je……..Pendapat orang lain of course berbeza.

Aku jenis yang sker cari kawan baru. Dan sker belajar perkara2 baru. So dengan kursus yang aku sertai, aku boleh dapat sume nih!

Yang penting aku memang enjoy kalau dihantar berkursus. Asal jangan kursus2 yang lasak2 sangat….sudaaaaaaaaaa……….hu3…….

Rabu, 11 Ogos 2010

KURSUS 2 HARI BERTURUT2 YANG BERBALOI!

~ Tak sangka dapat hadiah........

~ Berbaloi juga 2 hari berturut2 pegi berkursus........hu3.....

Ingat lagi tak tentang entry Kursus Komunikasi & Penampilan Diri sebelum ni? Kalau tak ingat buat2 lah ingat juga ye........he3........

Bukan ape, saje je nak share......Tak sia2 pengorbanan aku mengorbankan cuti hujung minggu ari tu untuk pegi berkursus. Coz, aku dapat.........jadi........peserta wanita terbaik.......ha3......Bukan nak menunjuk2 tau (tak baik.....lagi2 bulan2 pose ni nak riak kan??????.....) Sesaje jerk aku nak update kat blog kesayangan aku ni untuk kenang2an......Coz, nanti bila2 boleh aku baca balik apa yang aku dapat sepanjang bergelar pekerja ; especially penjawat awam......

Kalau ada yang tak berapa minat nak baca entry ni, tak pe. Sila abaikan, Tiada paksaan hokay. Negara kita kan negara demokrasi......hu3.....Macam yang aku cakap tadi, sekadar berkongsi rasa.

p/s: Dek kerana terlalu excited amik gambo kengkawan peserta yang lain.....dan tak sangka dapat hadiah ni.....sampai aku lupa mintak kawan amik gambor masa aku amik hadih. Sudah nyer......amik gambor kat umah jelah. Janji hadiah tak bukak lagi. Sebagai bukti!!!! Tapi sila tau ye.......ni bukan hadiah bungkus sendiri!!!! hu3.......

Rabu, 28 Julai 2010

KuRsUs LaGi ........ GaNggUaN SeKsUaL

~ Pagi2 buta lagi aku dah kuar.....semata2 nak attend course....

~ From left: Leen & Fizah

23/07/2010......pagi2 lagi dah kua umah nak attend course tentang Gangguan Seksual kat Putrajaya. Adalah dalam 12 orang yang pegi. So kami kene berkumpul kat office sebelum sama2 pegi naik bas jabatan ke sana.

~ From Left: Me & Fizah.......

~ From left: Leen & me......

~ Sitting In front: Kak Rafiah & Fizah
~ Centre: Mariana & Yus
~ Standing: Me & Leen

Yang bestnya, course ni dah boleh completekan 1 day punya kursus yang wajib aku completekan every year sebanyak 7 hari. Sebelum ni dah ada 5 hari. So plus this one, dah ada 6 hari kursus. Tinggal nak tambah sehari je lagi........Tu yang best tu...... Selain tu boleh jalan2 cari makan gak..... ha3......

* to be continue........

Rabu, 21 Julai 2010

CoNfiRm JaDi! ...... MeNaNgAni GaNggUaN SeKsUaL

~ Tq google


This coming Friday, confirm aku jadi pegi kursus 'Menangani Gangguan Seksual" tuh....... Baru dua hari lepas dapat memo mentioned nama aku dalam senarai untuk atttend kursus tuh. Bestnya, boleh jalan2 kuar sekejap........tinggalkan apa yang boring kat office nih.......ha3.........

Kursus ni bagus. Gangguan seksual ni pon seperti yang kita tau, satu perkara negatif dan boleh memberi kesan buruk kepada pelaku dan juga mangsa.So, secara tak langsung boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja . Actually, per ni di mana2 pon boleh berlaku......

So, bila dapat pegi kursus seumpama nih.....mesti banyak info yang boleh kita tau. Nanti bila aku dah abiskan kursus tu......aku share apa2 yang patut hokay........

Rabu, 14 Julai 2010

AkU DiOFFeR LaGi... He3...

~ Tengok tu penceramah sudah mariiiiiiiiiiiii.....hu3......

Credit to google.........

Aku dioffer lagi ??? Macam artis plak bunyinye.....Ha3........ Offer ape tuh?

......Hmmmmmmmmmmmmmm...... Yang sebenornya, pagi tadi aku di datangi oleh salah seorang pegawai kat tempat koje aku nilah (jangan tak pecaya, pegawai yang datang jumpa aku, bukan aku yang pegi jumpa beliau........hu3........) ; beliau offer aku untuk join satu kursus on this coming 23rd. July...... Tajuk pon menarik! Menangani Gangguan Seksual.........

So aku pon tak nak fikir panjang lagi. Terus bagi nama kat En. Pegawai tu. Kursus tu pon sehari je. Boleh completekan kursus yang perlu aku attend 7 hari untuk setiap tahun tuh...... Sape2 yang koje gomen taulah kursus 7 hari yang aku maksudkan tuh kannnnnn.........

Sambil tu boleh jalan2 makan angin.....ha3..... Thanks a lot la En. Pegawai ! You memang cool!!! Next time offer lagi ek !..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs