UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 18 Jun 2010

FrOntLiNEr .....

Frontliner disama ertikan juga dengan barisan hadapan. Barisan hadapan yang macam mana tu ??? Bukan barisan hadapan yang bermaksud tentera atau pegawai keselamatan...... tapi orang yang bertugas di bahagian perkhidmatan especially kaunter atau khidmat pelanggan.
Kenapa aku nak cite tentang tajuk nih ??? Yelah lately kan banyak complaint daripada public tentang mutu perkhidmatan kepada pelanggan yang dianggap tidak bagus. Pegawai susah nak bagi kerjasama lah, kaunter asyik tutuplah, tutup awallah, kakitangan kaunter yang berani maki hamun pelanggan lah dan macam-macam lagi.
Khidmat pelanggan atau Customer Service ni dah sebati sangat dalam diri aku. Sebelum join government pun.... aku memang bertugas si bahagian frontliner. Pelbagai kerenah manusia aku dah jumpa. Yang maki hamun, usah cakaplah...pagi2 lagi pun dah kena. Tapi tak semua pelanggan macam tu. Ada juga yang ingat pada pertolongan kita. Selain ucap terima kasih...ada yang pelawa ajak minum, bagi hadiah...dan ada tu yang sampai jadi kawan hingga ke hari ni...Tapi itu semua kenangan masa di office lama...
Sampai dah berhijrah ke sektor awam pun aku masih sebati dengan bidang tugas ni....agaknya dah memang 'muka depan' kot...he3...
Walaupun banyak cabaran dalam tugas ini..tapi banyak juga perkara yang boleh dipelajari. Antaranya, dapat memperbaiki skil komunikasi, dapat membina keyakinan diri, dapat membina jaringan perhubungan dan yang paling penting.....boleh tolong orang...ha3....
The important thing....frontliner mesti murah dengan senyuman, berketrampilan, berkeyakinan, melengkapkan diri dengan maklumat2 terkini tentang jabatan dan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan.....

~ Gambar sekadar hiasan...


2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

penting ni frontline sebab ianya first impression mengenai company

azzey berkata...

Haah...penting sangat...that's why mesti ada rasa t.jawab yang lebih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs