UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Sembelih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembelih. Papar semua catatan

Isnin, 29 November 2010

MAYAT LELAKI 'DISEMBELIH' DITEMUI

Sembelih sana -sini. Dah macam senang2 je. Macam nak sembelih ayam je bunyinya. Kejam sungguh orang yang sanggup buat kerja2 macam ni........


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kesan kelar pada lehernya ditemui di tepi jalan Kampung Batu, Jinjang, di sini awal pagi ini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun itu ditemui seorang lelaki ketika melalui sebatang jalan ke tangki air kampung tersebut pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa berbadan gempal dan memakai baju t, berseluar panjang dan berselipar.

“Siasatan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.

“Selain itu, terdapat kesan kelar di leher mangsa, seolah-olah disembelih pihak yang membunuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan tersebut.

Jelasnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa termasuk barangan peribadinya.

Zakaria berkata, pihaknya juga sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


*Sumber : Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs