SELAMAT HARI IBU untuk mak tersayang, BONDA SITI ROSIAH BINTI ABDUL MAJID.Entry kali ni aku dedikasikan khas untuk mak aku yang tersayang..Even though, beliau mungkin x kan baca blog aku nie..tapi aku tak kira aku nak tulis juge.. nak tulis juge !!!!!

Allah itu Maha Adil.. Di setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya... Mak dianugerah kebolehan menjahit pakaian, walaupun beliau tidak pernah mengikuti mana2 kursus jahitan... tetapi jahitan beliau membuatkan pelanggan selesa.Daripada situlah beliau semakin banyak mendapat tempahan.Adakalanya rakan2 sekerjaku juga menempah pakaian dengannya... Alhamdulillah ..satu cabang rezeki juga untuk beliau.Dengan duit sampingan hasil upah menjahitnya itu jugalah, beliau mampu untuk membesar kan aku dan adik2....
Terlalu banyak kesusahan yang telah kami lalui...Tapi kami tidak pernah meminta2 daripada sesiapa pun untuk sesuap nasi.Semuanya mak usahakan sendiri.Masih kuingat dulu..rumah kami... macam mana susahnya mak membuat tapak untuk rumah berkenaan..mencangkul tanah sedikit demi sedikit tanpa bantuan sesiapa pun... Nak mengupah orang jauh sekali...Sehinggalah terbinanya rumah kami..walaupun kecil..tanpa ada bilik satupun..tapi kami semua bahagia dengan apa yang ada..
Masa terus beredar... Tidak terasa sama sekali... Kini kami 3 beradik sudah dewasa... Alhamdulillah kami sudah ada kehidupan masing2 dengan kerjaya yang boleh menjamin masa depan kami, walupun tidak sehebat mana...Memang kami bukan seorang pemimpin besar, bukan juga seorang usahawan yang kaya raya dan bukan juga seorang doktor, jurutera, dsb.....tapi aku cukup rasa bersyukur kerana apa yang kami miliki sekarang mampu untuk menyumbang sesuatu kepada mak..untuk membahagiakan hidupnya...
YANG PASTI... mak tak perlu lagi tinggal di rumah yang 'kecil' dahulu... mak tak perlu lagi berlapar hanya kerana ingin memastikan anak2 nya cukup makan... mak tak perlu berpanas berhujan lagi, hanya kerana nak mendapatkan sesuap nasi....kita juga tidak perlu rasa terhina lagi dengan kekurangan kita dulu...
SEMUA ITU... tak perlu lagi mak lakukan, kerana anak2 mak semuanya sudah ada 'duit' sendiri untuk membina bilik untuk mak...anak2 mak sudah ada kenderaan sendiri untuk membawa mak ke mana sahaja yang mak inginkan... anak2 mak sudah mampu untuk membelikan mak apa juga jenis makanan yang mak idamkan....anak2 mak juga sudah mampu untuk membuatkan mak berasa bangga dengan mereka yang dulu memandang rendah pada kita...Alhamdulillah...
Mak, halalkan segala makan minum yang mak berikan selama ini.Halalkan segala ilmu yang mak curahkan.Halalkan segalanya.Jangan berhenti mendoakan kami bertiga.Selagi hayat masih ada kami akan berikan yang terbaik untuk mak.Semoga Tuhan melindungi mak selalu, ditetapkan dalam iman, dikuatkan semangat, diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur... agar kami masih punya banyak masa untuk membalas jasa2 mak selama ini dan membahagiakan mak......Insyaallah...AMIN...
2 ulasan:
woit! org nak bg mak bacalah! mesti 'banjir' punye..! he3..
serius ni!!! bagilah bagilah bagilah.....itu lah hajat ku....nak cite nie..masa update entry tu..menitik airmata den..kesat2 menitik lagi..kesat2 menitik lagi...asyik menitik yo...bkn pe teringat mase kita kecik2 dulu..susah kannnnn..hu3..sob3..
Catat Ulasan