UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 26 Oktober 2010

HUKUMAN SATHIANATHAN DITANGGUH

BERITA penangguhan terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedikit sebanyak menjadi suntikan moral buat pemain-pemain skuad The Red Warriors.

Ini kerana, anak-anak buah Sathianathan itu bakal turun berdepan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), mereka sebenarnya masih belum boleh menarik nafas lega kerana keputusan penuh terhadap rayuan yang dikemukakan mereka hanya akan diketahui selepas Jawantankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bersidang semula dalam masa terdekat.

* Semalam ada terbaca dalam beberapa blog berita hukuman penggantungan ni. Tapi hari ni dikhabarkan tentang penangguhan hukuman berkenaan......Untuk tau lebih lanjut sila klik di sini - Kosmo

4 ulasan:

Relevan berkata...

elok di tangguh..sebab nak lawan final..tak kan jurulatih duk sama penonton..

Sharinginfoz berkata...

memang bagus sangat, kalau nak OK cancel aja hukuman tu, dia memang kritik sebab bertempat

LeeAneem berkata...

sokong korang be-2...FAM mmg anti kelantan pun cam kerajaan pusat gak anti Kelantan...

azzey ; sejak bila layan pasal bola nih...

azzey berkata...

relevan: betul gak tu kan

Sharinginfoz: kritikan yang membina le maksudnya?...:)

Leeaneem: ha3....sejak jd blogger.....sume kena amik tau la dowh....:)
p/s: weh....statement cover sikit weh....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs