UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 29 November 2010

MAYAT LELAKI 'DISEMBELIH' DITEMUI

Sembelih sana -sini. Dah macam senang2 je. Macam nak sembelih ayam je bunyinya. Kejam sungguh orang yang sanggup buat kerja2 macam ni........


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kesan kelar pada lehernya ditemui di tepi jalan Kampung Batu, Jinjang, di sini awal pagi ini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun itu ditemui seorang lelaki ketika melalui sebatang jalan ke tangki air kampung tersebut pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa berbadan gempal dan memakai baju t, berseluar panjang dan berselipar.

“Siasatan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.

“Selain itu, terdapat kesan kelar di leher mangsa, seolah-olah disembelih pihak yang membunuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan tersebut.

Jelasnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa termasuk barangan peribadinya.

Zakaria berkata, pihaknya juga sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


*Sumber : Utusan

6 ulasan:

ctpayong berkata...

macam sambutan hari raya qurban pulak. apa ke tega sangat manusia zaman ni?

LYaFRINA berkata...

PEMBUNUHAN BERLAKU SANA SINI..
MCM DAH JD PERKARA BIASA DH SKARANG.. MAKIN MAJU NEGARA.. MAKIN BNYAK KES2 GINI..

KALO DULU XDE KES2 GINI..
KALO ADA JRG2 SGT

Rinna berkata...

Skrg nie takut rasanya..cam tak aman jerk..

Mama JnJnJ@Sue@Anang berkata...

ish...macam2 ..takut..

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Aduyaiii...ape nak jadi dunia skrg nih..
Penjenayah makin kejam..Dulu mase kita kecik2 pun ade gak org jahat tapi xde la hati kering mcm ni..Skang ni bdk2 nak main kat taman pun x aman...Mase kita kecik dulu,main kat mane2 pun selamat kan..

Redbloodsnow berkata...

ishhh..kejam lah!
ape nk jd dh ngan dunia skrg :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs