PASIR MAS – Tiada siapa menyangka, majlis jamuan akhir tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu yang diadakan kelmarin merupakan hari terakhir bagi Mohd. Shahrul Amin Mohd. Abdul Kadir.
Ini kerana selepas jamuan itu, pelajar tingkatan dua terbabit kemudian ditemui mati lemas selepas dia terjatuh ke dalam kolam di tapak projek tangki najis dan bangunan baru di sekolah itu.
Dalam kejadian itu, Shahrul, 14, meninggal dunia akibat lemas dalam lubang sedalam tiga meter yang dipenuhi air ekoran hujan beberapa hari lalu.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu berlaku apabila mangsa didakwa memanjat pagar zink setinggi tiga meter untuk masuk ke tapak projek bersebelahan sekolahnya sebelum dia terjatuh ke dalam kolam itu.
*Sumber : KOSMO
3 ulasan:
mahu kita salahkan siapa di dalam perkara ini?
yang pastinya tentulah "redha atas takdir Allah SWT"
ada hikmah ini.
kitapun tak tahu kenapa dia sanggup panjat pagar tuk masuk kawasan tangki tuh..
al-fatihah...
Catat Ulasan