WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.
Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.
Berita selanjutnya di sini - Utusan.
P/S: Teringat dengan my niece ; Kak Yong kat kampung yang cukup minat dengan UPIN & IPIN nih! Sampai baju pun nak beli yang ada gambar watak animasi nih!......*Tetiba......Rindu ngan Kak Yong & Odah*.....
6 ulasan:
mesti best ni..
Yeszzz.. tak sabar nk tggu ni. ada sore adik Hanis Zalikha. ari tu mak dia bgtau akak. hehe ..
hehe... mcm2..:)
Mesti besh kartun neh..
Harap2 meletop smpai ke luar negara gak.. :D
sukernya..comelll
terima kasih atas sokongan. jangan lupa saksikan boboiboy di TV3 Mac nanti :)
Noriman,
Animonsta Studios
Catat Ulasan